PHNOM PENH: Parti Rakyat Kemboja (CPP) memenangi 120 daripada 125 kerusi Parlimen, manakala lima lagi kerusi dimenangi Parti Funcinpec, dalam pilihan raya umum pada Ahad, menurut jurucakap parti itu pada Selasa.
Pilihan raya kali ini menyaksikan 18 parti politik bertanding.
Jurucakap CPP, Sok Eysan, pada Selasa berkata mengikut pengiraan CPP yang berdasarkan keputusan awal Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC), parti itu memenangi 120 kerusi dan Parti Funcinpec pimpinan Putera Norodom Chakravuth memperoleh baki lima kerusi.
"PKP menerima 80 peratus undi daripada 8.21 juta pengundi, memenangi 120 kerusi atau 96 peratus daripada 125 kerusi Dewan Rakyat.
"Ia merupakan satu lagi kejayaan besar CPP dan mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk terus berkhidmat kepada rakyat," kata Eysan, lapor Xinhua.
Hun Manet, calon Perdana Menteri CPP, berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas kehendak mereka melalui undian dengan peratusan keluar mengundi yang sangat tinggi melebihi 84 peratus.
"Sebilangan besar telah menyatakan sokongan kepada Parti Rakyat Kemboja," katanya di saluran Telegram rasminya.
Manet, 45, yang juga ahli Jawatankuasa Tetap CPP, merakamkan penghargaannya kepada pengundi kerana menyokong CPP dan berikrar untuk berkhidmat dengan lebih baik pada masa hadapan.
Sementara itu, jurucakap Parti Funcinpec, Nhoeun Raden, berkata keputusan awal NEC menunjukkan Parti Funcinpec memperoleh lima kerusi.
Beliau berkata parti itu menang di Phnom Penh dan wilayah Kandal, Prey Veng, Kampong Thom dan Kampong Cham.
Menurut NEC, kira-kira 8.21 juta orang atau 84.58 peratus daripada 9.71 juta pengundi yang layak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Pilihan raya itu adalah yang ketujuh sejak 1993 dan pada 2018, CPP memenangi kesemua 125 kerusi.
CPP telah memerintah Kemboja sejak 1979, dengan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen, juga presiden parti itu, menjadi perdana menteri sejak 1985.
Hun Sen berkata dewan rakyat akan bersidang pada 28 Ogos dan kerajaan baharu akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Pengundi memeriksa senarai calon pada pilihan raya umum Kemboja, di Phnom Penh, 23 Julai 2023. -REUTERS

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Parti PM Kemboja menang 120 daripada 125 kerusi Parlimen dalam pilihan raya
Parti Funcinpec Putera Norodom Chakravuth memperoleh baki lima kerusi.

Parti pimpinan PM Kemboja menang besar dalam pilihan raya Parlimen
Pilihan raya kali ini menyaksikan 18 parti politik bertanding.

Parti pimpinan PM Kemboja dakwa menang besar dalam pilihan raya umum
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, jurucakap Parti Rakyat Kemboja, Sok Eysan mengesahkan keputusan itu pada Ahad.

Parti politik Kemboja mula kempen pilihan raya
Perdana Menteri Hun Sen, bersedia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan selepas parti pembangkang utama dibubarkan dan anggota kanannya menarik diri.