Parti politik Kemboja memulakan kempen tiga minggu menjelang pilihan raya umum hujung bulan ini.
Perdana Menteri Hun Sen, bersedia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan selepas parti pembangkang utama dibubarkan dan anggota kanannya menarik diri.
Memerintah Kemboja selama 33 tahun, beliau memberitahu penyokongnya bahawa kerajaan pimpinannya bakal memastikan keamanan, pertumbuhan ekonomi dan kenaikan gaji untuk pekerja sektor utama setiap tahun.
Beliau turut menyebut peranan partinya, Parti Rakyat Kemboja (CPP), dalam menamatkan pemerintah Khmer Rouge dan meredakan ancaman 'revolusi warna' yang diketuai bekas pembangkang.
"Saya sudah memimpin negara ini melalui banyak situasi sukar, walaupun berlaku beberapa percubaan kumpulan dalam dan luar negara mencetuskan pelbagai masalah untuk menghalang perjalanan membina, melindungi serta memajukan negara," kata Hun Sen.
Berbekalkan populariti, beliau menjanjikan jalan raya yang baik dan pembinaan sekolah di kawasan pedalaman serta bekalan elektrik.
"Jika anda sukakan keamanan dan pembangunan, tolong undi CPP. Jika CPP menang, rakyat juga menang," katanya. - Agensi
Sinar Harian
Sat Jul 07 2018

Penyokong parti CPP menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar poster presiden parti Hun Sen ketika kempen pilihan raya yang sedang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, 7 Julai, 2018. REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Parti pemerintah Kemboja menang besar dalam Pilihan Raya Senat
Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu pada Ahad.

Pilihan Raya Umum ke-7 Kemboja bermula
Lebih 9.7 juta pengundi layak mengundi untuk memilih ahli parlimen bagi 125 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Parti politik memerintah Kemboja menang besar
Keputusan awal menunjukkan parti CPP pimpinan Perdana Menteri mencatat kejayaan besar, kira-kira 80 peratus daripada jumlah kerusi.

CPP bincang mengenai pampasan dengan kerajaan berhubung pembatalan projek
Syarikat itu berkata ia menerima keputusan kerajaan membatalkan projek MPP, TSGP dan satu lagi projek saluran paip, yang menghubungkan Melaka dengan kilang penapisan dan petrokimia Petronas di Johor.

Parti politik Kemboja mula kempen pilihan raya
Perdana Menteri Hun Sen, bersedia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan selepas parti pembangkang utama dibubarkan dan anggota kanannya menarik diri.