BANGKOK: Parti Pheu Thai berhasrat memperkenalkan semula program dompet digital 10,000 baht apabila kerajaan yang dibentuknya mengambil alih pentadbiran.
Parti itu terpaksa menangguhkan dasar berkenaan selepas menduduki tempat kedua dalam pilihan raya 14 Mei lalu, apabila dasar kebajikan sosial Parti Move Forward yang memenangi pilihan raya, diberi keutamaan sewaktu parti itu cuba membentuk kerajaan campuran.
Timbalan Setiausaha Agung Pheu Thai, Paopoom Rojanasakul dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan telah berubah di mana parti Pheu Thai kini menjadi teras (pakatan baharu).
“Hari ini, parti ini ingin mengisytiharkan secara rasmi bahawa ia akan meneruskan dasar dompet digital, menggunakan teknologi blockchain," katanya.
Tambah beliau, polisi itu melibatkan pemberian wang digital 10,000 baht kepada setiap warga Thailand berumur 16 tahun ke atas yang dihantar ke telefon pintar mereka. Wang digital itu bagaimanapun hanya boleh dibelanjakan dalam radius empat kilometer dari rumah penerima dan sah selama enam bulan.
"Tidak akan ada masalah bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada aplikasi ini kerana mereka boleh menggunakan kad pengenalan mereka untuk mendapatkan kod peribadi sebaliknya.
"Thailand akan menjadi antara negara pertama yang memperkenalkan bentuk pembayaran digital ini," kata beliau.
Menjawab kritikan beberapa ahli ekonomi yang percaya dasar itu akan menyebabkan inflasi, Paopoom berkata pasukan ekonomi Pheu Thai telah menilai dengan teliti program ini dan percaya tidak akan ada kesan negatif terhadap keselamatan kewangan negara sebaliknya akan memacu pertumbuhan ekonomi yang besar.
Sementara itu, Srettha Thavisin yang dijangka dicalonkan sebagai calon perdana menteri parti itu, mengisytiharkan semasa kempen pilihan raya bahawa pemberian 10,000 baht akan mencetuskan "tsunami ekonomi" yang akan memberi manfaat kepada sektor ekonomi.
Agensi
Fri Aug 11 2023
Polisi itu melibatkan pemberian wang digital kepada setiap warga Thailand berumur 16 tahun ke atas yang dihantar ke telefon pintar mereka. - FB Srettha Thavisin
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU
Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Navin Ramgoolam dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius
Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ubat selesema punca PM Jepun dilihat terlelap di Parlimen
Ubat selesema menjadi punca Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dilihat tertidur seketika semasa sesi Parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan jurucakap utama kerajaan.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.