Calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) berkata sebuah parti politik 'berpengaruh' mungkin bergabung ke 'Pakatan Merah Putih' yang mendokongnya pada Pemilihan Umum
(Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.
"Insya-Allah, satu parti politik besar akan bergabung menyokong pasangan saya sebagai calon presiden," kata beliau selepas melantik Awang Faroek Ishak sebagai ketua kempen pasangan Prabowo-Hatta Rajasa untuk wilayah Kalimantan Timur-Kalimantan Utara pada Sabtu.
Selain Gerindra, pasangan itu mendapat sokongan Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Bulan Bintang (PBB) dan Parti Golongan Karya (Golkar).
Daripada 12 parti politik yang bertanding pada Pemilu Parlimen 9 April lepas, hanya Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang belum menentukan pendirian bergabung dengan mana-mana pakatan pada Pemilu Presiden akan datang.
Prabowo berkata perbincangan dengan Parti Demokrat sedang giat dilakukan dan mereka sudah dipanggil oleh parti itu untuk menyampaikan hala tuju 'Pakatan Merah Putih'.
Bernama
Mon May 26 2014

Calon presiden Prabowo Subianto (kanan) dan pasangan Hatta Rajasa, Parti Gerakan Indonesia Raya

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jokowi Presiden rasmi, Mahkamah Indonesia memutuskan
Mahkamah Konstitusi Indonesia menolak petisyen pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo-Hatta ditolak sepenuhnya.

Artis popular tidak lupa suarakan harapan pilihan raya Indonesia
Sejarah bakal tercatat dengan pelbagai corak harapan daripada seluruh warganya untuk melihat mereka bangkit dan menjadi Indonesia baru.

Indonesia memillih: Gabenor atau bekas jeneral?
PEMILU 2014 melibatkan sejumlah 190.3 juta pengundi berdaftar dengan 29 peratus berusia antara 17 hingga 29 tahun, di mana 11 peratus merupakan pengundi kali pertama.

Parti Demokrat mungkin bergabung dalam 'Pakatan Merah Putih' - Prabowo
Calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) berkata sebuah parti politik 'berpengaruh' mungkin bergabung ke 'Pakatan Merah Putih'.

PEMILU: Selepas 10 jam, pemeriksaan kesihatan Prabowo-Hatta akhirnya selesai
Pasangan calon Presiden dan Naib Presiden Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan setelah berlangsung selama lebih dari 10 jam.

Prabowo-Hatta berhasrat pindah ibu negara Indonesia
Langkah tersebut adalah bagi mempercepat pembangunan infrastruktur Indonesia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Prabowo Subianto adakan pertemuan dengan pemimpin Gerindra sebelum mula berkempen
Calon Presiden, Prabowo Subianto menganjurkan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti Gerindra seluruh Indonesia sebelum mula berkempen.

PEMILU: Gandingan Prabowo-Hatta lemah di Indonesia Timur kata penganalisis
Gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa dijangka akan menghadapi masalah untuk memenangi hati rakyat Indonesia Wilayah Timur.