Mahkamah Konstitusi Indonesia (MK) hari ini memutuskan petisyen yang diajukan oleh pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (Prabowo-Hatta) ditolak sepenuhnya.
Petisyen yang diajukan pada 25 Julai lalu adalah untuk merayu menolak keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) 2014 yang dikeluarkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU).
Namun ianya telah ditolak MK atas alasan hujah-hujah yang dinyatakan di dalamnya tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.
Dengan keputusan MK itu, pasangan Joko Widodo-Jusuf Kalla (Jokowi-JK) secara rasmi menjadi Presiden dan Naib Presiden terpilih 2014-2019.
“Petisyen itu ditolak sepenuhnya,” kata Ketua Hakim Mahkamah Konstitusi Indonesia, Hamdan Zoelva seperti yang dipetik daripada laporan portal berita Kompas.com.
Prabowo-Hatta telah mengeluarkan satu petisyen meminta MK membatalkan keputusan rasmi oleh KPU dan Prabowo-Hatta diumumkan sebagai pemenang Pilpres 2014 berdasarkan pengiraan undi yang dilakukan oleh pihak mereka dengan alasan Pilpres 2014 yang diadakan Jun lalu berjalan secara tidak adil dan sistematik.
Mereka juga meminta proses pengundian dilakukan semula di seluruh Indonesia atau hanya di kawasan-kawasan yang dinyatakan di dalam petisyen tersebut sebagai bermasalah.
Ketidakadilan yang dinyatakan Prabowo-Hatta seperti yang dilaporkan oleh Kompas adalah jumlah pengundi yang dianggap tidak memenuhi syarat perlembagaan Indonesia serta proses penyelenggaraan Pilpres 2014 yang tidak sistematik oleh pihak KPU di sejumlah kawasan di wilayah Papua.
Meskipun begitu, pihak KPU telah mengemukakan bukti dan saksi untuk menolak pernyataan Prabowo-Hatta itu. Pihak Jokowi-JK juga melakukan demikian untuk mengukuhkan lagi bantahan bagi menyokong pihak KPU.
Pilpres 2014 telah berlangsung pada 9 Julai dan keputusan rasminya telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada 22 Julai menyaksikan pasangan Jokowi-JK menang dengan jumlah undian sebanyak 70,997,85 berbanding pasangan Prabowo-Hatta yang meraih sebanyak 62,576,444 undi.
Fuad Misbah
Thu Aug 21 2014
Pasangan Jokowi-JK secara rasmi menjadi Presiden dan Naib Presiden terpilih 2014-2019. - Gambar Fail
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Jokowi Presiden rasmi, Mahkamah Indonesia memutuskan
Mahkamah Konstitusi Indonesia menolak petisyen pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo-Hatta ditolak sepenuhnya.
Artis popular tidak lupa suarakan harapan pilihan raya Indonesia
Sejarah bakal tercatat dengan pelbagai corak harapan daripada seluruh warganya untuk melihat mereka bangkit dan menjadi Indonesia baru.
Indonesia memillih: Gabenor atau bekas jeneral?
PEMILU 2014 melibatkan sejumlah 190.3 juta pengundi berdaftar dengan 29 peratus berusia antara 17 hingga 29 tahun, di mana 11 peratus merupakan pengundi kali pertama.
Parti Demokrat mungkin bergabung dalam 'Pakatan Merah Putih' - Prabowo
Calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) berkata sebuah parti politik 'berpengaruh' mungkin bergabung ke 'Pakatan Merah Putih'.
PEMILU: Selepas 10 jam, pemeriksaan kesihatan Prabowo-Hatta akhirnya selesai
Pasangan calon Presiden dan Naib Presiden Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan setelah berlangsung selama lebih dari 10 jam.
Prabowo-Hatta berhasrat pindah ibu negara Indonesia
Langkah tersebut adalah bagi mempercepat pembangunan infrastruktur Indonesia bagi tempoh lima tahun akan datang.
Prabowo Subianto adakan pertemuan dengan pemimpin Gerindra sebelum mula berkempen
Calon Presiden, Prabowo Subianto menganjurkan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti Gerindra seluruh Indonesia sebelum mula berkempen.
PEMILU: Gandingan Prabowo-Hatta lemah di Indonesia Timur kata penganalisis
Gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa dijangka akan menghadapi masalah untuk memenangi hati rakyat Indonesia Wilayah Timur.