RAMALLAH (Palestin): Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki menyambut baik perintah sementara yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami menggesa semua negara supaya memastikan semua langkah sementara yang diperintahkan oleh Mahkamah dilaksanakan, termasuk oleh tentera pendudukan Israel," menurut Al-Maliki sambil menekankan bahawa keputusan mahkamah dunia, yang dikeluarkan pada Jumaat itu merupakan "kewajipan undang-undang yang mengikat".
"Negara-negara kini mempunyai kewajipan undang-undang yang jelas untuk menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan memastikan mereka tidak terlibat," karanya.
Al-Maliki juga berkata keputusan mahkamah antarabangsa itu merupakan peringatan penting bahawa tidak ada negara yang mengatasi undang-undang.
"Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada Israel dan pelaku bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman."
Beliau juga menyampaikan ucapan "terima kasih rakyat Palestin kepada rakyat dan kerajaan Afrika Selatan kerana mengambil langkah berani dengan aktif bersolidariti," sambil menambah bahawa pihak berkuasa Palestin akan "terus bekerjasama rapat dengan Afrika Selatan dan negara-negara lain untuk memastikan keadilan ditegakkan."
Dalam keputusan sementara kes pembunuhan beramai-ramai yang difailkan oleh Afrika Selatan di The Hague, ICJ pada Jumaat memerintahkan Israel supaya mengambil "semua langkah dalam kuasanya" untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, namun tidak membuat keputusan untuk mengarahkan gencatan senjata.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Okt.
Sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 64,487 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Al-Maliki juga berkata keputusan mahkamah antarabangsa itu merupakan peringatan penting bahawa tidak ada negara yang mengatasi undang-undang. - Gambar/ Reuters

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.