Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Taha menggesa semua negara untuk menyertai inisiatif politik bersejarah ini, menonjolkan peranannya sebagai rangkaian politik yang berusaha untuk penyelesaian dua negara mengikut undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan resolusi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pakatan itu, katanya, mencerminkan dedikasi untuk menyokong usaha yang bertujuan menamatkan pendudukan Israel, menubuhkan Negara Palestin dan merealisasikan keamanan yang adil, komprehensif dan berkekalan di rantau ini.
Beliau menggesa negara yang belum mengiktiraf Negara Palestin untuk segera menyertai 149 negara yang telah berbuat demikian, dan menyokong haknya untuk menjadi ahli penuh PBB.
Itu, katanya akan mengukuhkan kesahihan dan status politik Palestin dan memajukan hak rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan untuk menubuhkan negara merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA