NEW DELHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha pada Sabtu merayu negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pakistan.
Ketua OIC itu mengucapkan takziah di atas kehilangan nyawa di Pakistan akibat hujan monsun yang lebat sehingga mencetuskan banjir.
Beliau menyeru organisasi kemanusiaan Islam untuk menghulurkan "bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas".
BACA: Pakistan minta bantuan antarabangsa hadapi bencana banjir
Lebih 1,000 orang terkorban dalam bencana itu sejak Jun dan 33 juta, atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk Pakistan, tinggal di kawasan yang dilanda banjir.
Jambatan dan jalan raya telah dihanyutkan di banyak tempat di wilayah Sindh, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Keadaan banjir di Karachi, Pakistan, 11 Julai 2022. (Foto AP)
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Ketua OIC gesa negara anggota hulur bantuan banjir kepada Pakistan
Beliau menyeru OIC menghulurkan "bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas".