Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) akan menjalankan satu ujian baru ke atas bateri Boeing 787 Dreamliner setelah ianya terlibat dalam dua insiden tahun lepas.
Pada Januari 2013, pesawat tersebut telah dikuarintinkan selama tiga bulan berikutan kejadian dua insiden bateri terlampau panas.
Ketika kejadian, 787 telah mengalami kebakaran dan memaksa pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di Jepun.
NTSB turut memaklumkan di dalam portal rasmi mereka bahawa satu proses telah digunakan pada tahun 2006 untuk menilai bateri litium-ion namun tidak mencukupi .
Susulan itu, agensi tersebut menggesa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) untuk membuat penilaian yang lebih menyeluruh.
NTSB turut membuat lima cadangan khususnya dalam penilaian prestasi keselamatan sekiranya berlaku kegagalan litar pintas dalaman.
Mereka turut memanggil pakar perunding bebas yang akan terlibat dalam proses kelulusan teknologi tersebut.
Syarikat Boieng berkata ujian akan dilakukan dengan penuh konsisten berpandukan cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh NTSB.
"Kami akan terus yakin dengan keselamatan dan integriti bateri komprehensif yang dihasilkan Boeing dengan kelulusan FAA apabila pesawat itu dibenarkan terbang lagi nanti,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Ini kerana naiktaraf pensijilan kapal terbang perlu dilakukan dan perlu dikembangkan mengikut kemajuan teknologi.
Boeing berkata lagi mereka akan mengkaji semula cadangan dan menyokong usaha untuk memastikan bahawa piawaian pensijilan litium-ion bateri dikemaskini.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner, mempunyai ciri-ciri reka bentuk cekap bahan api dan boleh memuatkan 210 sehinga 330 penumpang.
Agensi
Fri May 23 2014

Boeing 787 Dreamliner

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ahlan wasahlan ... 'Saudia' selamat datang!
Syarikat Penerbangan Saudia memperkenalkan Boeing Dreamliner-10, naik taraf laluan Jeddah-KUL-Jeddah.

NTSB lakukan ujian baharu ke atas bateri Boeing 787
Pada Januari 2013, pesawat tersebut telah dikuarintinkan selama tiga bulan berikutan kejadian dua insiden bateri terlampau panas.