Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlanjutan lebih 13 bulan itu.
Sebaliknya, pemimpin yang berhadapan dengan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menegaskan, Israel berhasrat untuk meneruskan perangnya dengan pasukan pejuang Hamas.
Dalam masa, Netanyahu optimis berhubung usaha untuk membebaskan mangsa yang masih dalam tawanan Hamas.
"Jawapannya jelas… saya bersedia untuk gencatan senjata di selatan, yang kami fikir boleh mencapai pembebasan mangsa culik," kata Netanyahu dalam wawancara pertama beliau dengan Channel14 sejak perjanjian gencatan senjata Lubnan dicapai.
Berikutan gencatan senjata di Lubnan dan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar telah meninggal dunia, keadaan, dakwa Netanyahu, semakin bertambah baik untuk perjanjian tebusan dengan Hamas.
Netanyahu berkata, beliau menerima gencatan senjata di Lubnan kerana "kami mencapai apa yang kami ingin capai." - Agensi