Sekatan bantuan ke Gaza oleh Israel ancam 75,000 penduduk
Penolakan dan sekatan ini menambah tekanan terhadap usaha bantuan kemanusiaan di tengah-tengah krisis berpanjangan di Gaza.
Astro Awani
Fri Nov 29 2024
Penolakan dan sekatan ini menambah tekanan terhadap usaha bantuan kemanusiaan di tengah-tengah krisis berpanjangan di Gaza. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Israel dilaporkan menolak 82 daripada 91 permohonan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke utara Gaza dari awal Oktober hingga 25 November lalu.
Memetik perkongsian Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di laman sosial X, Israel turut menghalang sembilan percubaan lain untuk membawa bekalan kemanusiaan ke wilayah tersebut.
Penolakan itu berlaku ketika wilayah itu dikepung rejim Zionis dan serangan bom berterusan selama lebih 50 hari.
Out of the 91 attempts the @UN has made to deliver aid to besieged north #Gaza between 6 October and 25 November, 82 have been denied and 9 impeded.