PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terus mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang disifatkan beliau "lebih menyakitkan daripada membantu" Israel kerana gagal mengawal jumlah korban orang awam di Palestin.
Biden turut memberi amaran, Netanyahu berisiko kehilangan sokongan antarabangsa sekiranya terus gagal mengawal kematian orang awam di Palestin.
Bercakap kepada Jonathan Capehart dari MSNBC pada hujung minggu lalu, Biden berkata: "Apa yang berlaku ialah dia (Netanyahu) mempunyai hak untuk mempertahankan Israel, hak untuk terus memerangi Hamas.
“Bagaimanapun, dia mesti… dia mesti… dia mesti memberi lebih perhatian kepada nyawa (orang awam) yang tidak bersalah, yang terkorban akibat daripada tindakan yang diambil.
"Dia menyakitkan - pada pandangan saya, dia menyakiti Israel lebih daripada membantu Israel dengan membuat seluruh dunia - bertentangan dengan pendirian Israel. Dan saya fikir ia adalah satu kesilapan besar."
Sejak berbulan lalu, Biden memberi amaran bahawa Israel berisiko kehilangan sokongan antarabangsa berhubung kematian orang awam yang semakin meningkat di Gaza, di mana angka kematian orang awam telah melepasi 31,000 orang.
Kenyataan terbaharu Biden menunjukkan hubungan yang semakin tegang antara kedua-dua pemimpin itu.
Biden berkata kemungkinan pencerobohan Israel ke atas bandar Rafah di Gaza, di mana lebih 1.5 juta rakyat Palestin berlindung, adalah "garis merah" baginya.
Bagaimanapun, dalam masa sama, Presiden AS itu menegaskan, pentadbirannya tidak akan memotong bekalan senjata seperti pemintas peluru berpandu Iron Dome yang melindungi penduduk awam Israel daripada serangan roket di rantau itu. - CNN
Agensi
Sun Mar 10 2024
Joe Biden (kiri) mengulangi kritikannya terhadap Benjamin Netanyahu yang disifatkan "lebih menyakitkan daripada membantu" Israel kerana gagal mengawal jumlah korban orang awam di Palestin. - Gambar fail REUTERS
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.