WAJAH sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. 

Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kini Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kabinet perangnya sendiri. 

“Netanyahu memperguna Amerika Syarikat, masyarakat antarabangsa dan tentera untuk kepentingan diri sendiri sahaja. 

“Lihat saja demonstrasi yang berlarutan lebih 24 jam digerakkan oleh warga Israel sendiri. Bahkan, penunjuk perasaan sendiri menyatakan bahawa perang yang berterusan ketika ini ialah bukti korupsi Netanyahu.

“Kita nampak Netanyahu juga berseteru dengan menteri-menterinya sendiri termasuk Benny Gantz dan Yoav Gallant, yang telah mengugut untuk keluar daripada kabinet Netanyahu. 

“Semua sudah nampak Netanyahu menggunakan dunia untuk kepentingan diri sendiri agar tidak hilang jawatan dan masuk penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Progam Agenda AWANI pada Isnin.


Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis

Tentera rejim memulakan pencerobohan ke atas bandar Rafah pada 7 Mei untuk memperluas serangan mereka ke atas wilayah yang dikepung itu, menutup sempadan Rafah ke Mesir yang penting untuk bekalan kemanusiaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan berasingan berkata hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu ketika gerombolan penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba melarikan diri daripada serangan ganas dilancarkan Zionis di bandar paling selatan semenanjung pantai itu.

Operasi tersebut diteruskan pentadbiran Netanyahu meskipun mendapat tentangan dari sekutu rapatnya, Amerika Syarikat.


Agenda AWANI: Selamatkan Rafah