JEDDAH: Kerjasama antara negara-negara Islam dalam menangani krisis global kini dilihat semakin penting berbanding sebelumnya, kata menteri kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan pada Khamis.
Bercakap pada mesyuarat tahunan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) di bandar pelabuhan Saudi Jeddah, beliau menegaskan bahawa dengan meningkatkan fleksibiliti negara Islam ia akan membolehkan mereka menangani perubahan persekitaran global, lapor Agensi Anadolu.
"Kita mempunyai peluang untuk meningkatkan kerjasama menerusi pembangunan mampan," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa usahasama adalah penting untuk matlamat pembangunan, termasuk memperkasakan belia bagi menyediakan suasana yang diperlukan untuk inovasi.
Mewujudkan persekitaran ini dengan semua rangka kerja yang diperlukan mesti menjadi kewajipan organisasi dunia Islam, katanya.
Beliau berkata negara Islam perlu berganding bahu dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai persekitaran pembangunan ini.
"Kerajaan Arab Saudi berminat untuk mencapai perpaduan antara negara-negara Islam," katanya.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Fri May 12 2023

Mohammed Al-Jadaan berkata, negara Islam perlu berganding bahu dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai persekitaran pembangunan ini. - Gambar fail/Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.

HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.

Negara Islam perlu bekerjasama tangani krisis global
Kerjasama antara negara-negara Islam dalam menangani krisis global kini dilihat semakin penting berbanding sebelumnya, kata menteri kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan pada Khamis.

Lawatan presiden IsDB ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala
Lawatan sulung Presiden Islamic Development Bank (IsDB) Muhammad Sulaiman Al Jasser ke Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan yang baik antara Malaysia dan Kumpulan IsDB.

Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC
Penyelidikan ekosistem berkenaan akan dimulakan di Malaysia dan kemudiannya diperluaskan secara berperingkat ke ekosistem halal di negara-negara yang berpotensi.