Malaysia dan Indonesia bersetuju bahawa isu sempadan maritim antara kedua-dua negara yang telah tertangguh lama dan sering menemui kebuntuan pada setiap rundingan perlu diselesaikan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Katanya persetujuan peringkat tertinggi itu tercapai pada pertemuan beliau dengan Presiden baharu Indonesia Joko Widodo, yang memulakan tugas hari pertamanya sebagai presiden ketujuh republik itu selepas mengangkat sumpah jawatan dalam satu istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu.
"Saya telah menyatakan bahawa satu masalah yang menjadi hambatan antara Indonesia dan Malaysia adalah isu sempadan terutama sekali sempadan maritim yang melibatkan banyak kawasan khususnya Sulawesi Selatan atau dikenali di Indonesia sebagai Ambalat.
"Saya telah mencadangkan kaedah saya iaitu dengan melantik 'chief negotiator' (ketua perunding) iaitu Malaysia dan Indonesia masing-masing melantik seorang negotiator," katanya kepada delegasi media Malaysia pada akhir lawatan beliau selama dua hari di sini.
Perdana Menteri berkata melalui kaedah baharu itu, setiap cadangan dikemukakan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan terus dan jika memerlukan mandat "pengarahan politik" yang melibatkan pucuk pimpinan kerajaan, ia boleh dilaksanakan.
Najib berkata kaedah terbaru itu dipersetujui oleh Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi dalam kalangan rakyat Indonesia, berikutan kaedah penyelesaian melibatkan perundingan peringkat teknikal melibatkan kedua-dua pihak sebelum ini gagal mengatasi masalah itu.
"Jawatankuasa teknikal sebelum ini telah berbincang sebanyak 26 kali tapi tiada kemajuan yang telah dicapai," katanya
Sejak 2005, Malaysia dan Indonesia telah melakukan perundingan sempadan wilayah maritim antaranya melibatkan lima segmen laut iaitu Selat Melaka Utara, Selat Melaka Selatan, Laut China Selatan, Selat Singapura dan Laut Sulawesi.
Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu yang berlangsung di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia, Jokowi juga memberi reaksi positif pada setiap cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Malaysia.
Katanya malahan Jokowi bersetuju bahawa setiap masalah yang timbul antara kedua-dua negara berjiran itu, ia patut "diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh" bagi memastikan hubungan erat Malaysia dan Indonesia terus kekal terjalin.
Jokowi, bekas Gabenor Jakarta dipilih sebagai presiden ketujuh negara itu bagi memimpin negara berpenduduk 250 juta orang, dengan mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi presiden sejak tahun 2004.
Yang turut mengangkat sumpah pada istiadat di hadapan lebih 1,000 anggota MPR di sini hari ini ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.
Terdahulu, Najib yang berada di sini atas undangan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada upacara yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri juga diberi keistimewaan oleh republik itu sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden bagi membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Sempena lawatan rasmi ini, Perdana Menteri juga menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang turut berada di sini, sejurus selepas tamat upacara Jokowi mengangkat sumpah sebagai presiden.
Antara ketua negara yang turut hadir bagi menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta Kerry.
Jokowi dan gandingannya Jusuf memenangi pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, yang turut hadir pada upacara semalam, memperoleh 62,576,444 atau 46.85 peratus.
Bernama
Tue Oct 21 2014

Najib (kiri) telah kemukakan cadangan untuk melantik 'chief negotiator' iaitu Malaysia dan Indonesia masing-masing melantik seorang negotiator. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Dedahkan butiran perjanjian Ambalat kepada PAC' - KJ
Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan tidak boleh menyahklasifikasikan perjanjian tersebut bagi menunjukkan ia tidak membabitkan blok Ambalat.

Najib-Jokowi setuju selesai isu sempadan maritim
Najib telah kemukakan cadangan untuk melantik 'chief negotiator' (ketua perunding) iaitu Malaysia dan Indonesia masing-masing melantik seorang negotiator.