Suruhanjaya Tinggi Malaysia tidak menerima apa-apa maklumat mengenai sama ada rakyat Malaysia adalah antara mereka yang cedera dalam insiden perlanggaran tren Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) di sini hari ini.
Seorang jurucakap, ketika dihubungi Bernama, berkata suruhanjaya akan memberikan maklumat apabila menerimanya daripada pihak berkuasa.
Dua puluh lapan orang cedera dalam kemalangan itu apabila sebuah tren SMRT berlanggar dengan tren tidak bergerak di stesen Joo Koon di Laluan Timur-Barat kira-kira 8 pagi.
Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) dan SMRT Corp, dalam maklumat terkini bersama, berkata 28 orang cedera dalam nahas itu.
Kementerian Pengangkutan Singapura, LTA dan SMRT sedang berhubung dengan penumpang yang cedera untuk memberi bantuan yang perlukan, kata mereka.
BACA: Tren MRT Singapura berlanggar, 23 cedera
Mereka berkata 15 orang telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Singapura, seorang menolak untuk menerima rawatan dan pulang, dan 13 mendapat rawatan dan dibenarkan pulang.
"Seorang penumpang kini dipantau untuk pemerhatian."
Tiga belas orang termasuk tiga yang dimasukkan kemudian, dirawat di Hospital Besar Ng Teng Fong.
"Sembilan dirawat dan dibenarkan pulang dua menerima rawatan, dan dua lagi dimasukkan ke wad untuk pemantauan," kata LTA dan SMRT.
Dalam maklumat terkini mengenai perkhidmatan tren, SMRT berkata perkhidmatan tren SMRT antara stesen Boon Lay dan Tuas Link di Laluan Timur-Barat telah beroperasi semula tetapi tren bergerak perlahan.
Sehingga pukul 7 malam, SMRT masih menyediakan perkhidmatan bas secara tetap dan bas perantara antara kedua-dua stesen.
Wartawan Bernama berpeluang menikmati perjalanan yang lancar di atas tren di Laluan Timur-Barat, atau lebih dikenali sebagai "Green Line" ke Hospital Besar Ng Teng Fong yang perhentian terdekat adalah stesen Jurong East.
Tiada kesesakan dilaporkan di stesen Jurong East yang menyaksikan laluan Green Line bersambung dengan North-South Line atau Red Line.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Dua puluh lapan orang cedera dalam kemalangan itu apabila sebuah tren SMRT berlanggar dengan tren tidak bergerak di stesen Joo Koon di Laluan Timur-Barat kira-kira 8 pagi. - Foto REUTERS
Dua pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Kes pukul OKU: Tindakan tatatertib telah diambil ke atas anggota pengiring - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan dalaman ke atas anggota terbabit diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
Pengalaman hebat Maimunah mampu angkat imej DBKL - PM
Maimunah memiliki pengalaman hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Penyelesaian diplomatik untuk konflik Israel-Hizbullah 'boleh dicapai' - Utusan AS
Konflik antara Hizbullah dan Israel telah berlarutan terlalu lama, kata Hochstein selepas pertemuannya dengan Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri.
Nahas bot karam: Pasukan penyelam jumpa beg milik Aina Husna
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menemukan beg sandang milik salah seorang mangsa nahas bot karam di perairan Kemaman, Aina Husna Mohamad Husaini.
EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.
AWANI Tonight 14 Aug 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Datuk Seri Maimunah Sharif is KL new mayor
2. Thailand: Court removes PM Srettha from office
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Datuk Seri Maimunah Sharif is KL new mayor
2. Thailand: Court removes PM Srettha from office
#AWANIEnglish #AWANINews
[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas
Seorang pegawai bomba cedera selepas terjatuh dalam air bercampur minyak panas ketika operasi memadam kebakaran di Kuantan.
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri
Ada penumpang Air Europa tercampak sehingga ruang bagasi atas kepala akibat kejadian gelora udara.
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.