Ringkasan AI
- Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo, memaklumkan bahawa kerajaan akan menggerakkan segala sumber untuk memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
- Beliau juga memohon maaf dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
- Pemangku Presiden, Choi Sang-mok, yang tiba di lokasi nahas telah mengarahkan pegawai untuk berusaha sepenuhnya dalam operasi pencarian dan penyelamatan.
- Satu mesyuarat kecemasan akan diadakan untuk membincangkan tindakan lanjut kerajaan terhadap nahas ini.
Park selaku menteri bertanggungjawab memantau hal ehwal penerbangan memohon maaf serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta orang awam.
Beliau menambah, kerajaan akan menyiasat dengan teliti punca kejadian tersebut.
Terdahulu, Pemangku Presiden, Choi Sang-mok yang tiba di lokasi nahas sekitar tengah hari telah mengarahkan pegawai untuk berusaha sepenuhnya dalam operasi pencarian dan penyelamatan.
Sementara itu, Pejabat Presiden memaklumkan bahawa satu mesyuarat kecemasan pegawai kanan Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Staf Presiden, Chung Jin-suk, akan diadakan pada 11.30 pagi bagi membincangkan tindakan lanjut kerajaan terhadap nahas pesawat ini.
Manakala Ketua Agensi Polis Negara, Lee Ho-young dilapor mengarahkan pegawai untuk menggerakkan semua sumber yang ada dan bekerjasama dengan pasukan bomba serta agensi berkaitan dalam usaha penyelamatan.
Pesawat Jeju Air telah mendarat tanpa roda sebelum tergelincir keluar dari landasan, dan meletup selepas melanggar tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan pada Ahad.
Dua mangsa iaitu seorang anak kapal dan seorang penumpang berjaya diselamatkan. Baki 179 penumpang dan kru lain dianggap telah terkorban dalam nahas itu.