SHIZUOKA: Musim mendaki Gunung Fuji di Jepun bermula sepenuhnya pada Rabu dengan pembukaan tiga laluan di bahagian Gunung di Wilayah Shizuoka, lapor Agensi Berita Kyodo.
Laluan di Wilayah Yamanashi yang bersebelahan dibuka pada 1 Julai, dengan laluan ke puncak dijangka kekal dibuka sehingga 10 September.
Kedua-dua wilayah telah melaksanakan sekatan baharu untuk menghalang aktiviti berbahaya seperti "bullet climbing" atau percubaan mendaki puncak setinggi 3,776 meter itu tanpa tidur di pertengahan pendakian.
Gunung Fuji, yang ditetapkan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada 2013, terletak di antara dua wilayah di barat Tokyo.
Misato Kokubun, 29 tahun dari Tokyo yang menghadiri hari pembukaan di tengah-tengah cuaca baik tetapi angin kencang, mengalu-alukan sekatan baharu itu, dengan berkata: "Saya mahu gunung ini kekal bersih dan dihargai."
Di tiga laluan Shizuoka, sistem prapendaftaran kini meminta pendaki untuk mengemukakan rancangan seperti waktu mula mendaki dan sama ada mereka telah menempah tempat di pondok lereng gunung dalam perjalanan ke puncak.
Mereka yang tidak mendaftar mesti menerima penjelasan mengenai peraturan di Gunung Fuji.
Sesiapa yang cuba mendaki selepas 4 petang tanpa penginapan akan disarankan untuk tidak meneruskan pendakian.
Bagaimanapun, kawalan ke atas jumlah pendaki belum diperkenalkan, tidak seperti laluan Wilayah Yamanashi yang mengehadkan kemasukan kepada 4,000 pendaki sehari dan mengenakan bayaran 2,000 yen (US$12) setiap orang. Pintu pagar telah didirikan untuk menutup laluan dari 4 petang hingga 3 pagi kepada individu tanpa tempahan pondok gunung.
Pendaki di bahagian Gunung Shizuoka berjumlah 84,086 pada 2023, menurut kerajaan wilayah, hampir sama dengan jumlah sebelum pandemik 2019 iaitu 85,677.
Dengan pelancongan masuk meningkat kerana kelemahan yen meningkatkan kuasa perbelanjaan mereka di Jepun, jumlah pendaki tahun ini dijangka lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Laluan di Wilayah Yamanashi yang bersebelahan dibuka pada 1 Julai, dengan laluan ke puncak dijangka kekal dibuka sehingga 10 September. - Reuters

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan yuran baharu, kawalan jumlah pendaki
Laluan di Wilayah Yamanashi yang bersebelahan dibuka pada 1 Julai, dengan laluan ke puncak dijangka kekal dibuka sehingga 10 September.