MUMIA Mesir yang sebelum ini dipercayai seorang paderi lelaki, sebenarnya wanita yang berada pada trimester ketiga kehamilan, kata saintis Poland pada Jumaat.
Marzena Ozarek-Szilke, ahli antropologi di Warsaw Mummy Project, menemui sesuatu yang aneh ketika memeriksa imbasan CT mumia di Muzium Nasional.
"Ketika saya memeriksa pelvis mumia itu, saya ternampak sesuatu seperti kaki kecil," kata Ozarek-Szilke.
Dia kemudian meminta bantuan suaminya, seorang ahli arkeologi yang turut terlibat dalam projek itu, untuk melakukan pemeriksaan.
"Suami saya mengesahkan ia memang kaki. Ketika itulah baru kami sedar apa yang kami sedang lihat," kata Ozarek-Szilke kepada Reuters.
Mumia itu sudah berada di Poland sejak kurun ke-19 dan selama beberapa dekad, ia disangka milik seorang paderi Mesir bernama Hor-Dehuti.
Namun, dalam penemuan yang dinyatakan dalam Journal of Archaeological Science, para saintis mengesahkan mumia itu sebenarnya seorang wanita dalam usia 20-an dan sedang hamil sekitar 26 dan 28 minggu.
Punca kematiannya tidak jelas, tetapi Ozarek-Szilke memaklumkan kehamilan itu mungkin penyebabnya.
"Sekarang kita mempunyai ubat dan teknologi perubatan moden. Jika sesuatu terjadi pada kandungan, wanita itu dan bayinya masih boleh diselamatkan.
"Dahulu ia mustahil," katanya.
Saintis bagaimanapun akan menjalankan kajian lebih teliti untuk menentukan penyebab kematian dan menentukan mengapa janin itu tidak dikeluarkan dari jasad si ibu.
Reuters
Sun May 02 2021

Mumia Mesir yang sebelum ini disangka seorang paderi lelaki, sebenarnya wanita yang berada pada trimester ketiga kehamilan. -Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kapal pengangkut pesawat AS berlanggar dengan kapal dagang berhampiran Mesir
Kejadian berlaku lewat Rabu di Port Said pada kira-kira 11.46 malam waktu tempatan (2146 GMT) di Laut Mediterranean.

Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang membantu dan memantau perkembangan lapan pelajar yang terlibat kemalangan di Port Said, Mesir.

Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

Mesir hantar pesawat bersama bantuan ke Syria
Pesawat EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, yang disalurkan oleh Bulan Sabit Merah Mesir.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.

Malaysia sertai Persidangan Kaherah Peringkat Menteri berhubung krisis Gaza
Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.