Kumpulan pemberontak wilayah Republik Rakyat Donetsk mendakwa telah menemui kotak hitam pesawat Malaysia Airlines yang nahas di timur Ukraine dan akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Ketua pemberontak, Alexander Borodai berkata semua mayat yang telah dipindahkan dari lokasi kejadian akan disimpan dalam gerabak keretapi berhawa dingin di Torez sehingga kumpulan pakar penerbangan antarabangsa tiba.
"Mayat-mayat itu tidak akan dibawa ke mana-mana sehingga pakar-pakar itu sampai," kata Borodai di Donetsk.
Beliau juga menegaskan pihaknya tidak mengganggu siasatan nahas dan menafikan semua laporan media antarabangsa dan kenyataan pasukan pemantau yang telah melawat lokasi kejadian.
Torez terletak kira-kira 15 kilometer dari tempat pesawat itu terhempas dipercayai ditembak jatuh.
Ukraine dan kumpulan pemisah itu saling menuduh antara satu sama lain sebagai dalang yang menembak jatuh pesawat berkenaan dan saling juga menafikan tuduhan itu.
Ukraine mendakwa kumpulan pemisah yang pro-Rusia itu menerima bekalan senjata daripada pentadbiran Presiden Vladimir Putin. Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.
Kedutaan Amerika Syarikat di Kiev pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan keras yang mendakwa pesawat malang itu ditembak jatuh dari kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pemisah. Ia juga mendakwa Rusia membekalkan sejumlah peralatan tentera termasuk kereta perisai membawa artileri dan pelancar roket kepada kumpulan pemisah itu.
Agensi
Sun Jul 20 2014
"Mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev" -- Alexander Borodai
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
MH17: Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia
Mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas.
MH17: Mayat mangsa dipindahkan, dunia gesa siasatan terperinci
Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai berkata, 196 mayat mangsa nahas MH17 telah dipindahkan dari lokasi kejadian.
MH17: Pemisah Donetsk akan serah kotak hitam kepada ICAO
Ketua pemberontak, Alexander Borodai menegaskan pihaknya tidak mengganggu siasatan antarabangsa seperti didakwa oleh laporan media.
Ukraine, kumpulan pemisah setuju lanjut gencatan senjata
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menuduh Amerika Syarikat bertanggungjwab beri galakan kepada Ukraine untuk terus mencabar Moscow.