WASHINGTON: Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.
"Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini.
"Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan," lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.
Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.
Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.
BACA: Meta lancar perkhidmatan langganan untuk Facebook, Instagram
BACA: Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Pengguna juga tidak dibenarkan menukar nama profil, nama pengguna, foto dan lain-lain melainkan mereka memfailkan semula proses pengesahan.
Pengguna juga perlu berumur 18 tahun untuk layak bagi perkhidmatan pengesahan.
Bagaimanapun, pengguna Facebook dan Instagram yang sudah disahkan tidak perlu membayar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
Pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu. - REUTERS
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Meta berjaya dapatkan nama domain Threads.com
Threads mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan nama domain akan memainkan peranan penting dalam pemasaran perkhidmatan ini.
Kerajaan tidak berhasrat tangguh laksana kerangka kawal selia, pelesenan media sosial - Fahmi
Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial.
Meta, Snap bakal perkenal kaca mata pintar AR bulan depan
Pengenalan kaca mata pintar oleh kedua-dua syarikat teknologi ini dijangka memfokuskan penawaran teknologi terlebih dahulu, dan bukannya penjualan kepada umum dalam masa terdekat.
Threads uji ciri perkongsian yang hilang selepas 24 jam
Ia turut akan memadam pelbagai balasan dan komen yang diterima sesuatu perkongsian membuatkan semua interaksi turut hilang selepas tamat tempoh perkongsian asal.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Ogos 2024.
PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi
Anwar Ibrahim sudah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di akaun Facebook dan Instagram milik beliau.
Meta tidak bersedia jawab isu teknikal - Fahmi
Penjelasan mereka berhubung isu semasa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad, juga tidak dapat diterima.
Meta mohon maaf turunkan hantaran PM Anwar berhubung Ismail Haniyeh
Permohonan maaf Meta itu dibuat secara ringkas tanpa memperincikan sebab kandungan ucapan takziah Perdana Menteri diturunkan.
Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial
Perdana Menteri mahu dengar penjelasan lanjut Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosial beliau.
Meta beri jaminan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin esok tidak diganggu - Fahmi
Meta memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan esok tidak akan diturunkan.