ISTANBUL: Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menamatkan pendudukan Israel dan menganggapnya sebagai "tidak sah."
"Kami menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel sebagai haram, selain menekankan mengenai pentingnya pencerobohan itu ditamatkan segera tanpa syarat," kata al-Maliki semasa sesi pendengaran di ICJ, lapor Agensi Anadolu.
Pada Isnin, mahkamah memulakan sesi pendengaran awam mengenai kesan undang-undang yang timbul akibat daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
"Sudah tiba masanya untuk menamatkan dwistandard dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa ke atas semua negara tanpa pengecualian," katanya.
Menteri itu berkata: "Israel telah menyebabkan rakyat Palestin hanya mempunyai tiga pilihan: sama ada berpindah, bertahan atau mati."
Al-Maliki berkata: "Palestin kekal sebagai ujian terbesar terhadap kredibiliti sistem undang-undang antarabangsa dan manusia tidak dapat menanggung akibat daripada kegagalannya."
Sesi itu akan berlangsung sehingga 26 Feb dan mahkamah dijadualkan mendengar pembentangan 52 negara, jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Negara Arab.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Riyad al-Maliki berkata, Israel telah menyebabkan rakyat Palestin hanya mempunyai tiga pilihan: sama ada berpindah, bertahan atau mati. - Gambar fail
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
OIC sambut baik permintaan PBB untuk pandangan ICJ berhubung kewajiban Israel
OIC memuji usaha Kerajaan Norway serta semua negara yang menjadi penaja bersama dan menyokong resolusi itu.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty
Callamard menyeru masyarakat antarabangsa mengecam undang-undang Israel ini dan mendesak ia dibatalkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.