KUALA LUMPUR: Cuaca musim panas di Jepun tahun ini dilaporkan lebih panas daripada biasa dan keadaan bertambah panas dengan berlangsungnya kempen untuk pemilihan kerusi Dewan Kaunselor atau Dewan Pertuanan.
Namun apa yang berlaku pada suatu hari musim panas tahun 2022, menjadikan "bahang musim panas begitu perit" dan memeranjatkan seluruh dunia.
"Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang dan sang suria akan terbenam pada waktu tengah hari."
Begitu kata-kata pembuka bicara bekas Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, di permulaan wawancara eksklusif dengan Bernama, kata-kata yang membuatkan meremang bulu roma penulis.
Tarikh 8 Julai yang disebut Miyagawa merujuk kepada hari kematian bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe.
Hari malang buat Abe apabila beliau ditembak dua kali ketika menyampaikan ucapan untuk kempen pilihan raya bagi parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) di bandar Nara (di barat Jepun), dua hari sebelum pemilihan ahli Dewan Perwakilan pada 10 Julai.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.
Upacara pengebumian negara Abe yang dijangka dihadiri ramai pemimpin dunia, dijadual berlangsung pada hari ini (27 September) sekitar jam 1 tengah hari waktu Malaysia.
Tujuan wawancara adalah untuk penulis mendapatkan pandangan serta pengalaman peribadi Miyagawa mengenai tokoh tersohor Shinzo Abe yang "pemergiannya dianggap sebagai satu kehilangan besar" di tengah-tengah pergolakan politik serta perkembangan ekonomi Jepun.
Kematian Abe bukan sahaja mengejutkan rakyat Jepun tetapi juga seluruh dunia dan sehingga hari ini, peristiwa malang pembunuhan Abe seakan terasa baharu berlaku.
Miyagawa, yang berkhidmat sebagai duta besar Jepun ke Malaysia sewaktu Abe menjadi perdana menteri negara matahari terbit itu untuk penggal kedua (dari perhujung tahun 2012 hingga September 2020), berkongsi kisah pengalamannya dengan Abe serta pandangan peribadi beliau terhadap negarawan unggul Jepun itu.
Abe yang menyandang jawatan perdana menteri Jepun paling lama, melakukan kunjungan khas ke Malaysia pada bulan Mac 2022 sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur Malaysia (LEP) serta ulang tahun ke-65 hubungan Malaysia-Jepun.
Masih segar dalam ingatan Miyagawa yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Kementerian Luar Jepun (bertanggungjawab untuk negara-negara Asia Barat) momen keemasan yang dihabiskan dengan Abe, mengadakan perbincangan, bertukar-tukar pandangan, berjam-jam lamanya.
"Abe tegas dengan pendirian bahawa perlu ada satu titik persamaan antara etika Jepun dalam usaha membina sebuah negara sejak berabad-abad lamanya dengan nilai yang dikongsi bersama komuniti antarabangsa, di sebalik perselisihan faham yang kerap berlaku serta konflik antara mereka.
"Pendirian ini jelas termaktub dalam dasar luar negara beliau yang menjurus kepada pengukuhan hubungan Jepun dengan negara-negara di Asia Barat," katanya.
Menurut Miyagawa, setelah kembali berkuasa pada tahun 2012, Abe melakukan, tidak kurang daripada empat lawatan rasmi ke negara-negara Asia Barat setelah tidak ada sebarang lawatan perdana menteri Jepun ke rantau itu sejak tujuh tahun lamanya.
"Kesediaan beliau untuk menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Politik Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada bulan Mac tahun ini berdasarkan penghargaan beliau terhadap peranan UIAM di Asia, Asia Barat serta seluruh dunia, dalam menawarkan pengetahuan serta teknologi kepada pelajar di samping peluang pertukaran dalam kalangan beliau dengan kebudayaan yang pelbagai, "kata Miyagawa.
Bekas diplomat berusia 71 tahun itu turut menyuarakan pandangan bahawa pertalian rapat Abe dengan Malaysia berdasarkan pandangan positif beliau terhadap kejayaan LEP.
Paling menarik, ia memberi ruang untuk Jepun dinilai semula dalam kalangan negara Asia terutama sekali beberapa tahun awal selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Miyagawa turut berkongsi beberapa fakta yang menunjukkan Abe adalah seorang yang "mengotakan kata-katanya."
"Sewaktu sebuah pesawat Penerbangan Malaysia hilang secara misteri pada tahun 2014, Abe dengan pantas menghantar pasukan mencari dan menyelamat Jepun.
"Di bawah arahan beliau, dalam tempoh tiga hari sahaja beberapa buah pesawat dari Pasukan Pertahanan Diri serta Pengawal Pantai tiba di Kuala Lumpur. Beberapa buah kapal Jepun berhampiran kawasan Taiwan sudah pun belayar ke Malaysia, " katanya.
Menurut beliau, tidak ramai juga tahu bahawa kesediaan serta keazaman Abe jugalah yang memberi kelulusan, pertama kali dalam sejarah pendidikan Jepun sejak Zaman Pemulihan Meiji, untuk pembukaan kampus cawangan sebuah universiti Jepun di luar negara.
Malaysia akan menjadi negara pertama yang dipilih untuk mempunyai cawangan universiti Jepun berkenaan.
Difahamkan pembukaan kampus cawangan ini adalah hasil perbincangan pada penghujung tahun 2018 ekoran permintaan dairpada perdana menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohamad dan disokong oleh Abe.
"Beliau membuat keputusan itu selaras dengan hakikat bahawa LEP mula bertapak di negara ini. Beliau juga berpendirian bahawa pendidikan menyediakan peluang untuk pembangunan, " kata Miyagawa, sambil menambah Abe selalunya akan memberi kelulusan sekiranya ada perkara yang melibatkan Malaysia.
ABENOMICS, LEGASI EKONOMI
Nama Abe juga signifikan dalam kejayaannya mencergaskan kembali ekonomi Jepun ketika beliau menyandang jawatan perdana menteri.
Menurut Miyagawa, 'Abenomics' adalah dasar ekonomi makro untuk melepaskan "Tiga Anak Panah" ke arah "raksasa" deflasi, dasar kewangan, dasar belanjawan serta beberapa program pertumbuhan tertentu.
"Sebelum beliau mencergaskan semula ekonomi Jepun, deflasi mencengkam negara kami selama 15 tahun, menjadikan ramai rakyat berasa kecewa dan putus harapan, enggan melabur atau mengambil peluang perniagaan.
"Golongan belia berasa kecewa dengan masa depan mereka. Kira-kira 9.6 peratus golongan muda berasa masa depan mereka akan menjadi lebih buruk dan angka ini adalah paling rendah dalam kalangan negara G20. Ada juga yang menganggap ekonomi Jepun sudah punah dan tidak akan dapat bangkit semula.
"Dengan kadar kelahiran yang lembab serta jumlah populasi yang merosot, ada yang bertelingkah dengan menyatakan tidak lagi perlu pertumbuhan ekonomi untuk Jepun, " katanya, menambah Abe mengambil sukan memanah semasa belajar di universiti.
Bagaimanapun, keadaan ekonomi Jepun menjadi pulih dan bertukar positif apabila Abe kembali berkuasa selepas pilihan raya umum bulan Disember 2012 dan dengan segera melaksanakan dasar pemulihan ekonomi, melibatkan kesemua Tiga Anak Panah tadi.
'Abenomics' , menurut Miyagawa, berjaya mengembalikan trend positif dan mempamerkan kekuatan perpaduan, dan sumbangan Abe untuk pengukuhan ekonomi Jepun perlu diuar-uarkan dan akan dikenang untuk tempoh yang lama dalam sejarah Jepun.
Sewaktu pentadbiran Abe, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatat pertumbuhan 10.9 peratus pada dekad lepas berbanding hanya 2.5 peratus pada dekad sebelumnya.
Purata Stok Nikkei meningkat tinggi daripada 8,000 yen pada tahun 2010 kepada hampir 29,000 yen pada tahun 2021, melepasi 15,000 pada pertengahan tahun 2015.
Hasil cukai Jepun pada Tahun Kewangan 2021 mencapai sekitar AS$464.10 bilion (67 trilion yen), mengatasi rekod sebelum itu AS$421.26 bilion (60.82 trilion yen) pada Tahun Kewangan 2020 dengan sebanyak 10 peratus, mencatat rekod tertinggi, kata Miyagawa..
Di sebalik kritik yang dilemparkan kepada Abenomics, Miyagawa berkata, Abe berjaya selangkah demi selangkah, dalam pembinaan semula Jepun dengan dasar pragmatiknya.
PERSONALITI ABE
Sememangnya tidak dapat dinafikan minat mendalam Abe dalam keselamatan negara dan kemampuan pertahanan dan semuanya ini banyak dilaporkan termasuk di peringkat antarabangsa.
Menurut Miyagawa, Abe sepanjang hayatnya mengutamakan perjuangan politiknya dan bekerja keras untuk meminda Perlembagaan.
"Beliau dengan jujur menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan perdana menteri bagi penggal kedua. Dalam pentadbiran penggal pertama, Abe menghidap penyakit usus yang kronik dan beliau terpaksa melepaskan jawatannya dalam tempoh setahun dan bagi bagi beliau, berakhirlah sudah karier sebagai pemimpin politik.
"Beliau berasa tidak mampu lagi menerajui kepimpinan dan mengaku semuanya adalah kesalahan beliau sendiri," katanya.
Miyagawa menambah, Bencana Gempa Bumi Tohoku yang berlaku pada bulan Mac 2011 kemudiannya memberi inspirasi kepada Abe.
"Ramai rakyat Jepun tampil untuk berganding bahu, membantu sesama sendiri. Abe melihat begitu gigihnya mereka untuk menawarkan bantuan secara sukarela dan memberi beliau keinsafan ...... walaupun anda fikir segala-galanya sudah berakhir, namun anda tiada pilihan selain tinggal di sini, bina balik apa yang musnah. Jika anda berfikir positif, tidak ada yang akan dapat menggagalkan anda, " kongsi Miyagawa apa yang dizahirkan Abe kepada beliau tentang bencana gempa bumi itu.
Di akhir wawancara ini, apa yang dapat penulis rumuskan ialah betapa hebatnya negarawan Jepun bernama Shinzo Abe ini dan meskipun sepanjang karier membuat liputan hal ehwal antarabangsa tidak berkesempatan bertemu sendiri dengan beliau, apa yang dikongsi oleh Miyagawa banyak membuka mata penulis tentang bekas perdana menteri Jepun itu.
Sesungguhnya banyak yang boleh dipelajari daripada insan bernama Abe ini dan mungkin ramai yang berasa kecewa dengan kematian beliau pada ketika Jepun berada di persimpangan yang mungkin membawa negara matahari terbit itu kepada kegemilangan yang lebih hebat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menerima menghadap Shinzo Abe (kanan) di Istana Negara pada bulan Mac tahun ini. - Foto BERNAMA
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.
Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.
Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.
Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.