TOKYO: Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe yang berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) dijangka dihadiri oleh ribuan orang termasuk pemimpin dan wakil dari lebih 217 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe pada 8 Julai lalu.
Memetik laporan Hindustan Times, bertempat di Nippon Budokan, Tokyo, antara pemimpin dunia yang sudah mengesakan kehadiran ialah Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo.
Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Australia; Anthony Albanese, Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan Setiausaha Luar Britain, James Cleverly juga akan mewakili negara masing-masing.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga akan menghadiri Upacara Pengebumian Negara mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Para pemimpin cabang perundangan, kehakiman dan pentadbiran Jepun terkini dan terdahulu, wakil dari setiap kementerian termasuk ahli parlimen dan wakil Kerajaan negeri juga dijangka hadir ke upacara.
Abe, Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020.
Agensi
Tue Sep 27 2022
![Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664249677_ShinzoAbe.jpg)
Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe akan berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). - Gambar fail REUTERS
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657505550_TetsuyaYamagami.jpg)
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
![Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657505680_TBTETSUYA.jpg)
Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
![PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663056900_TBFUMIO.jpg)
PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
![Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664249677_ShinzoAbe.jpg)
Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.
![Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664245951_ShinzoAbe.jpg)
Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.
![Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647146555_TBazminali.jpg)
Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
![Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663729553_JapanAbeFuneralPr.jpg)
Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.
![Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661410502_JAPAN.jpg)
Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.
![PM Jepun rombak Kabinet PM Jepun rombak Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660123543_JAPAN.jpg)
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.