Mayat dua pendaki Amerika Syarikat ditemui dalam glasier di pergunungan Himalaya, 16 tahun selepas kedua-duanya terbunuh dalam satu insiden runtuhan salji.
Pendaki terkenal, Alex Lowe sedang mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter bersama jurukamera David Bridges, pada Oktober 1999, ketika mereka ditimpa runtuhan salji.
Mayat mereka ditemui dua pendaki minggu lalu, dalam keadaan masih terperangkap dalam ais.
Penemuan itu kemudian dimaklumkan balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker yang kini mengendalikan yayasan amal atas nama Lowe, bersama suaminya Conrad Anker.
Lowe, 40, disifatkan sebagai salah seorang pendaki terunggul dalam generasinya dan terkenal dalam komuniti pendakian kerana pernah menyelamatkan nyawa beberapa pendaki lain.
Lowe dan Bridges, 29, merupakan rakan karib yang sering melakukan pendakian bersama-sama dan sedang menanda laluan pendakian ke Shishapangma, yang merupakan puncak ke-14 tertinggi di dunia.
Pendakian mereka turut disertai Anker, yang hanya cedera ringan dalam insiden runtuhan salji berkenaan.
Anker dan beberapa pendaki telah menyertai usaha pencarian Lowe dan Bridges selama beberapa hari sebelum akhirnya dihentikan.
Sementara itu, laporan mendedahkan mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais berwarna biru.
Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.
Penemuan ini juga disifatkan balu Lowe sebagai satu penutup kepada penantian yang sangat lama.
Agensi
Mon May 02 2016
Alex Lowe diingati ramai sebagai pendaki hebat dan pernah sebelum ini menyelamatkan beberapa pendaki lain. - Foto sumber Facebook
Operasi mencari di lokasi ditamatkan
Operasi mencari di lokasi nahas pesawat Jeju Air ditamatkan seminggu selepas kemalangan tragis yang meragut 179 nyawa itu, lapor media Korea Selatan.
Jaguh cilik sukan pushbike Maleeq Dragster dapat pengiktirafan MBOR
Meskipun berusia enam tahun, jaguh cilik sukan pushbike Maleeq Dragster berjaya melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Keadaan masih terkawal, Sarawak akan pantau situasi jangkitan
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyeru rakyat Sarawak dinasihatkan agar tidak bimbang dengan perkembangan virus baharu H-M-P-V, ketika ini keadaan masih terkawal dengan pihaknya akan terus memantau situasi jangkitan tersebut.
Duta Palestin ke Malaysia kesal, insiden tidak cermin etika
Tegas Duta Palestin ke Malauysia, insiden yang berlaku tidak sama sekali mencerminkan etika, moral dan budaya masyarakat Palestin.
Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham
Penggantungan semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di konsert Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem yang mencerminkan kurangnya pemahaman terhadap nuansa dan kompleksiti industri persembahan.
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah
Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai pagi tadi.
Tindakan tegas ke atas individu hadir perhimpunan solidariti Najib
Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin kerana ia melanggar undang-undang.
Lelaki tempatan ditahan menyamar polis, samun keluarga warga asing
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang.
Tindakan tegas ke atas individu hadir perhimpunan solidariti Najib - Polis
Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin kerana ia melanggar undang-undang.
TPM Ahmad Zahid saran utamakan kualiti, teruskan Menu Rahmah di kampus
Operator atau pengendali makanan di kampus universiti awam disaran supaya mengutamakan penyediaan makanan yang seimbang dan sihat, serta tidak hanya berfokus pada keuntungan semata-mata.
Mayat dua pendaki ditemui selepas 16 tahun, 'terawet' dalam ais
Pendaki terkenal Alex Lowe dengan David Bridges mendaki puncak Shishapangma, Tibet pada Oktober 1999 dan terkorban kerana ditimpa runtuhan salji.