KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, sepakat bahawa negara barat perlu memberi tekanan kepada rejim Israel untuk memberhentikan serangannya ke atas Gaza.
Anwar berkata dalam kunjungan hormatnya kepada Presiden Mesir itu, beliau dan El-Sisi juga sepakat bahawa kemudahan awam di Gaza seperti sekolah dan hospital, tidak sepatutnya dibedil dan dirosakkan oleh pihak rejim Israel itu.
"Kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Gaza itu sudah ditahap sangat parah. Jadi itu yang kita sepakati tadi hasil daripada perbincangan (dengan El-Sisi)," katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir hari ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan Mesir juga pada masa ini, sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan menyaluran bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza, dan Malaysia akan bekerjasama dan menyokong langkah yang diambil Mesir itu.
Anwar berkata Malaysia juga akan terus berusaha menghubungi negara barat dan timur, untuk menggesa supaya mereka melakukan sesuatu untuk membawa keamanan dan bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.
"Matlamat yang jelas iaitu mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kalau ini tidak tercapai, penyelesaian dan kedamaian tidak akan kekal. Ini pendirian rakan-rakan kita termasuk Mesir dan semalam di Turkiye dan sebelum itu di Riyadh, itu pandangan kita bersama," katanya.
Anwar juga menyatakan rasa terima kasihnya kepada El-Sisi, kerana memberi ruang kepadanya untuk mengadakan pertemuan, meskipun notis pertemuan yang diberikan kepada Presiden Mesir itu, amat singkat.
Sementara itu, Anwar berkata walaupun fokus perbincangannya dengan El-Sisi pada pertemuan itu tertumpu kepada isu Gaza, namun beberapa perkara termasuk masalah serantau dan masa depan negara-negara Arab dan dunia Islam, turut dibincangkan.
Beliau berkata antara perkara berkenaan termasuklah kerjasama dua hala perdagangan dan perusahaan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Saya telah minta Menteri Luar dengan jawatankuasa (yang akan dibentuk kelak), untuk mengenal pasti hal-hal kerjasama yang boleh kita tingkatkan," katanya.
Anwar juga mengumumkan bahawa Presiden Mesir itu setuju untuk membuat kunjuang rasmi ke Malaysia, pada awal tahun depan.
Beliau berkata lawatan rasmi yang akan dilakukan El-Sisi itu amat baik, kerana sudah berpuluh tahun Presiden Mesir tidak membuat kunjungan seumpama itu ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.