Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Bacha Khan University di Peshawar, Pakistan baru-baru ini, yang meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

"Malaysia berganding bahu secara padu dengan masyarakat antarabangsa untuk terus memerangi keganasan," katanya.

Sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak diketahui jumlahnya menyerang universiti itu, yang terletak di wilayah Charsadda di barat laut Pakistan pada pagi Rabu.