BARCELONA: Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC 2024) yang akan berlangsung di sini Isnin ini bakal menyaksikan kemunculan Pavilion Malaysia buat julung kali sejak ia bermula 18 tahun lepas.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kemunculan pavilion itu penting buat negara kerana sebelum ini Malaysia hanya menyertainya menerusi sebuah reruai Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
"MWC merupakan peluang cukup baik untuk kita tunjukkan bagaimana dengan pentadbiran Kerajaan MADANI hari ini yang memberi fokus memudah cara terutama dalam proses perniagaan, dari segi kelulusan, pemberian permit dan sebagainya.
Jadi keutamaan kerana kita ingin lihat pelaburan meningkat, bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara yang strategik lokasinya bukan hanya untuk pusat pemprosesan data tetapi juga hab operasi bagi banyak syarikat," katanya kepada Bernama dan RTM di sini pada Sabtu.
Fahmi berkata beliau percaya kewujudan Pavilion Malaysia menunjukkan kesesuaian Malaysia dan kesediaan Kerajaan MADANI untuk menarik lebih banyak pihak dan syarikat yang melihat kemungkinan mereka memerlukan lokasi untuk bertapak di Asia Tenggara dan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan mereka.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berada di Barcelona untuk mengetuai delegasi Malaysia di MWC 2024. Beliau dijadualkan menyampaikan ucaptamanya pada majlis pembukaan Pavilion Malaysia, Isnin ini.
MWC 2024 merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
Selain syarikat telekomunikasi, Pavilion Malaysia yang diketuai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga akan mempamerkan reruai daripada agensi kerajaan seperti MDEC dan CyberSecurity Malaysia.
Fahmi berkata sepanjang kongres empat hari itu, beliau juga akan menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat dan agensi termasuk GSMA dan Huawei.
"Ia sudah pasti akan cerminkan hubungan strategik yang ingin dijalinkan untuk pastikan ada kelestarian dan kemampanan dalam ekosistem telekomunikasi di Malaysia.
Insya-Allah kita akan berkolaborasi bersama agensi dan jabatan-jabatan lain untuk pastikan ia cerminkan hasrat Malaysia untuk menjadi antara negara yang dengan pantas melaksanakan transformasi digital seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Selain itu, Fahmi dijadualkan menghadiri beberapa mesyuarat dua hala yang antaranya akan menumpukan perkara berkaitan jawatan Pengerusi ASEAN yang akan disandang Malaysia tahun hadapan.
"Jadi kita lihat banyak negara sedang berbincang tentang isu keselamatan dalam talian dan platform media sosial, jadi saya lihat antara hubungan yang saya harap dapat ditingkatkan antara kerajaan-kerajaan termasuk di rantau Asia Tenggara adalah dalam bidang media sosial dan apa disebut sebagai perdagangan sosial.
Kita lihat sekarang ini beberapa platform menyediakan kemudahan berdagang dalam talian yang juga berkait aspek sosial, jadi ada negara hadapi kesukaran kerana mereka boleh dianggap kecil, tapi kalau lihat sebagai contoh ASEAN, itu cukup besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
MWC 2024 merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA). - Foto BERNAMA
17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.
AWANI Ringkas: Rompak wanita bersenjatakan gunting, lelaki ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab sebagai tokoh legenda industri muzik yang berpengalaman luas di peringkat tempatan dan serantau.
Ahli Parlimen Kota Melaka dilantik pengerusi baharu DAP negeri
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dilantik sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2024-2027.
AWANI 7:45 [24/11/2024] – Maestro muzik | Orang tua lebih ramai | Jumlah kanak-kanak 9.14 juta tahun 2024 | Jangan bakar sarang lebah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Seniman ulung, Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia
- Sudi kahwin, tapi enggan ada anak, negara menua makin kronik
- Kanak-kanak bawah 18 tahun menurun ketara berbanding tahun 2023
- Laporan khas Ridauddin Daud... anda bunuh lebah, anda gugat ekosistem dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Seniman ulung, Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia
- Sudi kahwin, tapi enggan ada anak, negara menua makin kronik
- Kanak-kanak bawah 18 tahun menurun ketara berbanding tahun 2023
- Laporan khas Ridauddin Daud... anda bunuh lebah, anda gugat ekosistem dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Fahmi ucap takziah buat keluarga Ahmad Nawab
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab yang meninggal dunia petang tadi.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
MWC Barcelona: Telco, agensi Malaysia meterai sembilan MoU pada hari pertama
Pemeteraian itu merangkumi kerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), 5G dan teknologi lanjutan 5G dan keselamatan siber.
Malaysia julung kali sediakan Pavilion di MWC Barcelona 2024 - Fahmi
Kemunculan pavilion itu penting buat negara kerana sebelum ini Malaysia hanya menyertainya menerusi sebuah reruai MDEC.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Fahmi akan kongsi pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan 5G di MWC 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan berkongsi mengenai pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan rangkaian 5G negara pada ucaptamanya di Mobile World Congress Barcelona, pada 26 Feb hingga 2 Mac ini.