KUALA LUMPUR: Malaysia memantau rapat perkembangan di Selat Taiwan selepas ketegangan meletus antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata Malaysia juga menggesa semua pihak yang berkenaan menangani situasi itu dengan amat berhati-hati dan penuh berhemah.
Bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM ke-55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu, Saifuddin menegaskan, keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini mesti dikekalkan.
"Tanpa pergi lebih jauh, saya hanya ingin mengulangi hakikat bahawa kita mahu semua yang terbabit untuk menilai keadaan dan menanganinya dengan cara terbaik," katanya.
Beliau berkata beberapa negara anggota ASEAN turut mengesyorkan menteri-menteri luar ASEAN mengeluarkan kenyataan berhubung ketegangan AS-China.
Saifuddin berkata Malaysia berpegang kepada dasar 'Satu China' dan mahu melihat keamanan serta kestabilan rantau ini terus terpelihara.
"Kita meletakkan nilai yang tinggi terhadap kedua-dua negara, AS dan China, apabila ia membabitkan perdagangan dan teknologi di rantau ini. Jadi kami mahu bersahabat dengan China dan AS," katanya.
Rakaman kenyataannya itu diedarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada media.
Hubungan antara China dan AS semakin tegang selepas Pelosi tiba di Taiwan pada Selasa. China mengumumkan latihan ketenteraan membabitkan kapal perang dan kapal terbang selama empat hari di perairan berhampiran Taiwan ketika pegawai di Washington dan Beijing bertikam lidah berhubung lawatan itu.
Menteri Luar China, Wang Yi, pada Rabu menyifatkan lawatan itu sebagai pencabulan terhadap prinsip 'Satu China' dan kedaulatan negaranya.
Pelosi menjadi ahli politik tertinggi melawat pulau itu sejak 25 tahun. China menganggap pulau yang mempunyai kerajaan sendiri itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya menerusi dasar 'Satu China'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Saifuddin berkata Malaysia juga menggesa semua pihak yang berkenaan menangani situasi itu dengan amat berhati-hati dan penuh berhemah. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.