BLANTYRE (Malawi): Angka kematian akibat Siklon Freddy di Malawi telah meningkat kepada 1,000 manakala lebih setengah juta orang hilang tempat tinggal, kata Presiden Lazarus Chakwera pada Rabu.
"Bencana alam yang dahsyat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang, manakala lebih setengah juta hilang tempat tinggal, serta lebih dua juta penduduk terjejas teruk," kata Chakwera.
Chakwera berkata keadaan ekonomi di Malawi turut terjejas akibat bencana itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Beliau merayu agar rakyatnya bekerjasama memulihkan kesan bencana yang telah merosakkan 405 kilometer (252 batu) infrastruktur jalan raya, 63 kemudahan kesihatan, dan 500 sekolah.
Freddy membadai Mozambique dan Malawi pada awal Mac untuk kali kedua dalam tempoh sebulan, memusnahkan kediaman dan mencetuskan banjir besar.
Sebanyak 76 kematian direkodkan di negara jiran Mozambique, manakala lebih 33,000 rumah musnah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Freddy membadai Mozambique dan Malawi pada awal Mac untuk kali kedua dalam tempoh sebulan, memusnahkan kediaman dan mencetuskan banjir besar. - Gambar Reuters/ Esa Alexander

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malawi: Angka kematian akibat Siklon Freddy meningkat kepada 1,000
Angka kematian akibat Siklon Freddy di Malawi telah meningkat kepada 1,000 manakala lebih setengah juta orang hilang tempat tinggal, kata Presiden Lazarus Chakwera pada Rabu.

Siklon Freddy: PBB tingkatkan usaha bantu Malawi, Mozambique
PBB meningkatkan usaha untuk memperoleh sokongan kerajaan bagi membantu Malawi dan Mozambique yang dibadai Siklon Tropika Freddy buat kali kedua pada hujung minggu.