Majalah kedua terbesar di Amerika Syarikat, Newsweek menamatkan edisi cetakan hari ini.

Majalah itu sudah berada di pasaran selama 80 tahun.

Newsweek terpaksa akur desakan sifar kertas sekali gus menandakan permulaan era digital.

Keputusan sukar itu dibuat susulan penurunan ketara perolehan pengiklanannya, jumlah pengedaran dan peralihan pembaca kepada edisi digital.

Isu pertama Newsweek diterbitkan pada 17 Februari pada 1933.

Edaran Newsweek pernah mencecah 4 juta iaitu semasa liputan mengenai Perang Teluk.

Untuk edisi cetakan terakhir 31 Disember, editor Tina Brown memutuskan untuk menggunakan gambar arkib ibu pejabat Newsweek sebagai muka depan.

Warna hitam dipilih sebagai lambang warna dakwat mesin cetak yang membawa kegemilangan Newsweek sebelum ini.