NEW YORK: Mahkamah Tinggi New York memutuskan seekor gajah di Zoo Bronx "bukan manusia" dan kumpulan hak sivil yang memperjuangkan pembebasannya tidak berhak berbuat demikian bagi pihak haiwan itu.
Gajah bernama Happy itu telah dipelihara di Zoo Bronx sejak 45 tahun lalu, dan kumpulan yang memperjuangkan pembebasannya, Projek Nonhuman Rights, mendakwa ia tidak mempunyai hubungan sosial langsung yang mencukupi selepas beberapa gajah yang lain mati, kata mahkamah.
Selepas Zoo Bronx mengumumkan akan menamatkan program gajah dalam kurungan, hanya Happy dan seekor lagi gajah betina yang kekal di zoo itu dan ditempatkan secara berasingan kerana "hubungan mereka tidak baik".
"Kami menolak hujah pempetisyen bahawa mereka berhak mendapatkan habeas corpus bagi pihak Happy," tulis Ketua Hakim, Janet DiFiore dalam keputusan itu.
"Habeas corpus ialah prosedur yang bertujuan untuk menjamin hak kebebasan manusia yang dihalang secara tidak sah, bukan haiwan," tambahnya.
Kumpulan hak asasi berkenaan berkata Happy adalah "haiwan yang luar biasa dengan kognitif dan autonomi kompleks" dan berhujah bahawa haiwan itu harus diiktiraf dengan diberi hak untuk bebas.
Lauren Choplin, jurucakap Projek Nonhuman Rights berkata dalam satu kenyataan kepada CNN bahawa keputusan itu merugikan Happy, tetapi mereka akan meneruskan kempen untuk membebaskannya sambil mempertimbangkan langkah undang-undang seterusnya.
"Ia juga merupakan satu kerugian bagi semua yang mengambil berat tentang nilai dan prinsip keadilan autonomi, kebebasan, kesaksamaan dan kami akan memastikan tiada yang dinafikan hak asasi hanya berdasarkan siapa atau apa," kata Choplin dalam kenyataan itu.
Keputusan itu juga menyatakan Happy tidak mempunyai hubungan sosial langsung yang mencukupi dengan gajah lain disebabkan situasi kehidupannya, tetapi ia bukan berpunca daripada perlakuan kejam atau cuai mana-mana pihak.
Happy merupakan seekor gajah Asia betina yang dilahirkan di hutan di Thailand pada tahun 1971, sebelum dibawa ke Amerika Syarikat.
Astro Awani
Wed Jun 15 2022
Selepas Zoo Bronx mengumumkan akan menamatkan program gajah dalam kurungan, hanya Happy dan seekor lagi gajah betina yang kekal di zoo itu. - Foto REUTERS
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.