Dalam satu wawancara dengan saluran berita Amerika Syarikat (AS) CNN, Guterres berkata bahawa letupan alat komunikasi terbaru di Lubnan menunjukkan terdapat "potensi untuk peningkatan yang lebih kuat," yang beliau khuatir akan menjadi "tragedi yang menghancurkan bagi dunia."
"Dengan kawasan ini berada di ambang bencana yang akan tiba, tidak boleh terlalu ditekankan secukupnya: tiada penyelesaian ketenteraan yang akan menjadikan mana-mana pihak lebih selamat," kata Penyelaras Khas PBB untuk Lubnan Jeanine Hennis, melalui X pada hari Ahad.
Ketegangan di sepanjang sempadan Israel-Lubnan meningkat dengan ketara berikutan letupan alat komunikasi di seluruh Lubnan pada Selasa dan Rabu yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan hampir 3,000.
Israel melancarkan serangan udara di Beirut pada Jumaat yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Hizbullah dilaporkan telah melancarkan lebih 100 roket ke utara Israel.
Tentera Israel dan Hizbullah telah saling menyerang di sepanjang sempadan Israel-Lubnan sejak 8 Oktober 2023, menimbulkan kebimbangan bahawa pertikaian yang hampir setahun ini boleh meningkat menjadi perang berskala penuh.
--BERNAMA-XINHUA