VIENNA: Pihak berkuasa Austria pada Sabtu menyiasat insiden pembunuhan lima wanita di ibu kota dalam tempoh sehari.
Tiga daripadanya ditemui mati akibat ditikam tanpa perikemanusiaan di sebuah rumah pelacuran di daerah Brigittenau pada malam Jumaat.
"Seorang lelaki berusia 27 tahun membawa sebilah pisau berjaya ditahan di kawasan berhampiran," kata pihak berkuasa.
Setakat ini, motif pembunuhan belum dapat dipastikan memandangkan suspek masih disoal siasat.
Dalam kejadian berasingan, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun dijumpai mati di apartment mereka di Vienna.
Austria Press Agency (APA) melaporkan mereka dipercayai telah dicekik atau leher mereka dijerut hingga mati dan suami mangsa dinamakan sebagai suspek utama.
Pada tahun lalu, sebuah pertubuhan tempatan merekodkan 25 pembunuhan berdasarkan jantina yang menyasarkan wanita hingga mencetuskan perdebatan di Austria.
Antara 2010 dan 2020, seramai 319 wanita dibunuh di Vienna dan sebahagian besar daripadanya dilakukan oleh teman atau bekas pasangan mereka. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024

Pihak berkuasa sedang melancarkan siasatan ke atas kedua-dua insiden tersebut. - Foto REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lima wanita dibunuh dalam sehari
Tiga daripadanya ditemui mati akibat ditikam tanpa perikemanusiaan di sebuah rumah pelacuran di daerah Brigittenau.

Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Mangsa menjadi sasaran selepas didakwa mempunyai "maklumat yang sangat sensitif" terhadap Durante.