PRACHUAP KHIRI KHAN: Lima mayat telah dijumpai dan seorang dilaporkan terselamat selepas sebuah kapal tentera laut karam sejak dua hari lalu di Teluk Thailand, kata tentera laut.
Seramai 76 anak kapal berada di atas kapal perang HTMS Sukhothai ketika ia karam pada Ahad iaitu kira-kira 37 kilometer dari pantai tenggara negara itu.
Jurucakap tentera laut berkata, sehingga kini terdapat 24 anggota masih hilang.
Setakat ini, helikopter, dua pesawat dan empat kapal HTMS Kraburi, HTMS Angthong, HTMS Naresuan dan HTMS Bhumibol Adulyadej telah dikerahkan mencari mangsa pada Selasa.
Komander Tentera Laut Diraja Thailand, Choengchai Chomchoengpaet memberitahu sidang media di Bangkok bahawa empat mayat lelaki telah ditemui.
Tentera laut kemudian mengemas kini jumlah tersebut kepada lima mayat.
"Kami akan meneruskan sehingga misi selesai dan membawa pulang anggota kami semula," kata Choengchai. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 20 2022

Anggota penyelamat membawa salah seorang mangsa kapal tentera laut Thailand yang karam di Teluk Thailand pada Ahad lalu. -AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand, tentera laut AS bekerjasama laksana misi menyelamat HTMS Sukhothai
Tentera Laut Diraja Thailand dan Tentera Laut Amerika Syarikat akan bekerjasama menjalankan misi menyelamat HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand pada 2022.

Tragedi kapal perang Thailand: Angka kematian meningkat kepada 24
Tiga lagi mayat kelasi yang hilang berjaya ditemukan pada Rabu sekali gus menjadikan angka korban tragedi kapal perang Thailand karam di Teluk Thailand mencecah 24 nyawa.

Tragedi kapal tentera laut Thailand karam: Angka korban meningkat 21 orang
Dua lagi mayat ditemukan dalam tragedi kapal perang Thailand karam ketika ribut di Teluk Thailand pada 18 Dis.

Misi mencari 23 kelasi yang hilang diteruskan
Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan sehingga kini seramai 75 kelasi telah diselamatkan dari kapal HTMS Sukhothai.

Lima mayat kapal tentera laut Thailand berjaya ditemui
Jurucakap tentera laut berkata, sehingga kini terdapat 24 anggota masih hilang.