Seramai 13 anggota tentera dilaporkan hilang, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, wilayah Holguin, anggota tentera berikut dilaporkan hilang," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di platform X, sambil menyenaraikan nama 13 anggota yang hilang.
Kementerian Pertahanan tidak memberikan sebarang komen mengenai punca letupan atau jumlah mereka yang mungkin terkorban.
Keluarga anggota yang hilang telah dihubungi. Siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA