ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 November 2023.


1. PBB kecam tindakan Korea Utara lancar satu lagi satelit ketenteraan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam Korea Utara kerana melancarkan satu lagi satelit ketenteraan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.



2. Parlimen Afrika Selatan lulus usul tutup kedutaan, gantung hubungan diplomatik dengan Israel

Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.


3. Rusia musnahkan empat bot tanpa pemandu di Laut Hitam

Pada 22 November, empat kapal tanpa pemandu tentera laut Ukraine yang menuju ke arah Semenanjung Crimea dikesan di bahagian barat Laut Hitam.


4. Hamas dedah isi kandungan perjanjian gencatan senjata di Gaza

Kumpulan Palestin mengesahkan gencatan senjata sementara yang disetujui oleh kedua-dua pihak akan berlangsung selama empat hari.


5. 1.7 juta penduduk Somalia terjejas akibat banjir besar

Laporan kes disyaki cirit-birit berair akut dan taun semakin meningkat dan dijangka terus bertambah selepas ini.


6. Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya

Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.


7. Lebih 200 tawanan dijangka dibebaskan sepanjang 4 hari gencatan senjata

Pembebasan 50 wanita dan kanak-kanak itu sebagai pertukaran dengan 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel.


8. Hamas dakwa musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam

Jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida berkata, kesemua jentera perang itu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam lalu.


9. Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain

Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.


10. Kem pelarian Jabalia musnah sepenuhnya

Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.