Lelaki terberat di United Kingdom (UK), Carl Thompson, meninggal dunia pada Isnin.

Thompson, 33, yang mempunyai berat lebih 400kg ditemui mati bersendirian di rumahnya oleh anggota polis.

Anggota polis dan bomba mengambil masa beberapa jam untuk membawa keluar mayatnya. Setakat ini, kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Awal tahun ini, Thompson muncul dalam sebuah rancangan bual bicara di UK, This Morning untuk meminta agar diberi bantuan untuk menurunkan berat badannya.


Thompson tidak bekerja sebaliknya hidup menggunakan wang yang diterima melalui skim elaun kecacatan khas dan faedah ketidakupayaan. Melalui skim itu, Thompson menerima £200 (RM 1,182) seminggu dan dia menggunakannya untuk membeli makanan yang dihantar melalui khidmat penghantaran atas talian oleh sebuah pasaraya.

Dalam temubual dengan The Morning, Thompson memberitahu tabiat makan luar biasanya bermula selepas kematian ibunya akibat kanser otak pada tahun 2012.

"Makan umpama satu yang sangat menenangkan," kata Thompson.

Dalam sehari, Thompson mengambil kira-kira 10,000 kalori.