Perkara itu disahkan Hezbollah dalam satu kenyataan rasminya dan kemudian dipetik The Guardian.
Serangan yang dilancarkan sejak Jumaat lalu berterusan apabila malam semalam sahaja, angkatan pertahanan Israel (IDF) berkata, ia melancarkan dua gelombang serangan yang menyasarkan 400 sasaran di bahagian selatan Lubnan yang menjadi kubu kuat Hezbollah.
Sebagai tindak balas, pejuang Hezbollah melancarkan lebih 100 serangan roket yang menyasarkan kepentingan ketenteraan Israel.
Antara yang menjadi sasaran, pengkalan udara Ramat David di Haifa.
Israel sebelum ini melancarkan serangan udara di Beirut, mengorbankan 15 anggota Hezbollah termasuk bekas komander pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.