NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan (sekitar lapan peratus daripada populasi wanita dunia) terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.
Laporan baharu oleh Wanita PBB memberi gambaran suram tentang kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita di bawah Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu agenda universal untuk menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk menjelang 2030.
Dunia gagal mencapai kesaksamaan jantina walaupun menerusi usaha global, Agensi Anadolu memetik laporan itu.
Bagi setiap dolar yang diperoleh golongan lelaki menerusi pendapatan buruh secara global, wanita hanya memperoleh 51 sen, menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam konteks yang terjejas oleh konflik mencapai 614 juta pada tahun 2022, 50 peratus lebih tinggi daripada jumlah pada tahun 2017.
''Di peringkat global, pada kadar kemajuan semasa, dianggarkan 110 juta kanak-kanak perempuan dan wanita muda akan berhenti sekolah pada 2030,'' katanya.
Laporan itu menyatakan bahawa tambahan AS$360 bilion setahun diperlukan untuk mencapai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita merentas matlamat global utama.
Ia memberi amaran bahawa kegagalan untuk mengutamakan kesaksamaan jantina boleh menjejaskan keseluruhan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Menurut laporan itu, bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam konteks yang terjejas oleh konflik mencapai 614 juta pada tahun 2022, 50 peratus lebih tinggi daripada jumlah pada tahun 2017. - Foto fail/ REUTERS

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Ketua Suruhanjaya AU desak penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh
Kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 kepada AS$6 seorang.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

PBB isytihar 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) secara rasmi mengisytiharkan 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa.

'Kesan dahsyat' ke atas Gaza susulan penutupan sempadan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa penutupan tiga lintasan sempadan Israel yang berlanjutan sejak tiga hari lalu berisiko mencetuskan "kesan dahsyat" ke atas Seme

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.