Lebih 300 pendaki termasuk pelancong asing dipercayai terperangkap di Gunung Rinjani apabila gunung berapi di Pulau Lombok, Indonesia itu mula meletus sejak semalam.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan media berkata, ketika berlaku letusan gunung pada 2.45 petang semalam, terdapat 389 pengunjung berdaftar dilaporkan berada di gunung itu.
Katanya, berdasarkan maklumat daripada pengurusan Taman Nasional Gunung Rinjani sejak 25 hingga 27 Sept lepas, 389 pengunjung dilaporkan mendaki gunung itu yang terdiri 333 rakyat asing manakala selebihnya rakyat Indonesia.
Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat kesemua pengunjung itu sedang dijalankan bagi meminta semua pengunjung keluar dari kawasan gunung berkenaan.
"Akibat letusan ini, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melarang individu mendekati sekitar radius 3 kilometer dari kawah Gunung Barujari," katanya seperti yang dipetik media dalam talian.
Abu vulkanik yang disemburkan oleh gunung itu dilaporkan mencapai 2,000 meter dan ia mempunyai potensi untuk berlaku letusan susulan.
Sutopo berkata berdasarkan hasil analisis data visual dan instrumental, PVMBG menaikkan status Gunung Rinjani dari tahap Normal Aktif (level I) menjadi Waspada (level II) mulai petang semalam dan untuk sementara waktu gunung itu ditutup untuk kunjungan awam.
Masyarakat di sekitar Gunung Rinjani diminta tenang tetapi sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan pihak berkuasa, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2016

Gambar Gunung Barujari yang meletus November tahun lalu. - AFP PHOTO / PIKONG
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pendaki bujang lelaki, wanita tidak lagi boleh bersama di Gunung Rinjani
Apabila peraturan baharu dilaksanakan kelak, konsep khemah-khemah buat pendaki Gunung Rinjani gunung yang popular di Pulau Lombok, Indonesia akan berteraskan peraturan syariah.

Pulau Peranginan Lombok sekali lagi digegarkan
Pulau peranginan Lombok, Indonesia digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 6.3 pada Ahad.

Gempa Lombok: Indonesia mulakan operasi SAR hari ini
Indonesia memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih 500 pendaki dan jurupandu mereka yang masih terkandas akibat tanah runtuh di sebuah gunung berapi aktif di Lombok pada Isnin.

Rakyat Malaysia maut dalam tasik air panas di Gunung Rinjani Indonesia
Seorang warga Malaysia ditemukan maut dalam tasik air panas yang dikenali sebagai Aik Kalak atas gunung berapi Gunung Rinjani di Pulau Lombok semalam.

Lebih 300 pendaki dipercayai terperangkap di Gunung Berapi Rinjani
Lebih 300 pendaki termasuk pelancong asing dipercayai terperangkap di Gunung Rinjani apabila gunung berapi di Pulau Lombok, Indonesia itu mula meletus sejak semalam.