Seorang warga Malaysia ditemukan maut dalam tasik air panas yang dikenali sebagai Aik Kalak atas gunung berapi Gunung Rinjani di Pulau Lombok semalam.
Gunung Rinjani menjadi kawasan larangan dan orang awam dilarang mendaki gunung itu ekoran ia mula aktif mengeluarkan debu panas sejak September lepas.
Media dalam talian memetik jurucakap Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Nusa Tenggara Barat sebagai berkata lelaki rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Ng Yin Teck berusia 24 tahun.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Ng bersama-sama rakannya, seorang wanita rakyat Jerman mendaki gunung itu diiringi seorang porter dan seorang pemandu pelancong.
Rombongan pendaki gunung berapi itu sebenarnya tidak mendapat keizinan pengurusan Taman Nasional Gunung Rinjani.
Jurucakap itu berkata pengurusan taman berkenaan telah menutup semua laluan untuk mendaki gunung itu sejak Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengeluarkan amaran bahaya.
Ng dan rombongan terbabit mendaki gunung itu menggunakan laluan Sembalun di daerah Lombok Timur pada awal pagi semalam.
Sebaik sampai di kawasan pemandian air panas itu pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, Ng dan teman wanitanya itu terus mandi dan berenang dalam tasik air panas selama 30 minit.
Teman wanitanya kemudian mendapati Ng tidak muncul di permukaan air setelah menyelam agak lama dan kemudiannya meminta bantuan awam.
Beliau berkata ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat hampir dihentikan ekoran cuaca gelap, mayat Ng kemudiannya ditemukan terapung pada 7 malam.
Pasukan mencari dan menyelamat sedang menjalankan kerja-kerja menurunkan mayat Ng dari gunung.
Sementara itu Penasihat Kedutaan Bahagian Konsular dan Imigresen, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Kamalludin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pagi tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, Ng yang berasal dari Johor dikatakan pergi ke Lombok untuk tujuan bercuti dan mendaki gunung bersama temannya seorang rakyat Jerman.
Pihak kedutaan sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan lanjut, katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 09 2016

Gunung Rinjani menjadi kawasan larangan dan orang awam dilarang mendaki gunung itu ekoran ia mula aktif mengeluarkan debu panas sejak September lepas. - Foto AFP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rakyat Malaysia maut dalam tasik air panas di Gunung Rinjani Indonesia
Seorang warga Malaysia ditemukan maut dalam tasik air panas yang dikenali sebagai Aik Kalak atas gunung berapi Gunung Rinjani di Pulau Lombok semalam.