Rakyat New Zealand hari ini mula menyerahkan senjata separa automatik mereka sebagai sebahagian daripada skim pembelian balik.
Ia susulan insiden serangan berdarah ke atas jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu.
Seramai 51 mangsa maut dalam kejadian itu manakala 49 yang lain cedera.
Ekoran kejadian, undang-undang pemilikan senjata api telah diubah dengan pindaan terhadap larangan pemilikan senjata semi-automatik sejak April.
Inisiatif julung kali diadakan ini menyaksikan lebih NZ$433,600 (RM1.19 juta) telah dibayar kepada pemilik senjata api di Christchurch sebagai ganti rugi selepas mereka tampil menyerahkan lebih 200 senjata api secara sukarela.
BACA: Seorang lagi mangsa serangan pengganas di Christchurch meninggal dunia
BACA: Serangan Christchurch: Suspek utama serangan mengaku tidak bersalah
Menurut Komander Polis Daerah, Mike Johnson, mereka mendengar maklum balas yang sangat positif daripada komuniti.
“Kami sedar ini merupakan satu perubahan yang sangat besar buat mereka (pemilik senjata api), namun kami mendengar maklum balas yang sangat positif daripada mereka,” kata Mike.
Sementara itu, di Canterbury, media tempatan melaporkan 900 pemilik senjata api telah mendaftar untuk menyerahkan lebih 1,415 senjata api kepada polis untuk dilupuskan.
Asyraf Roslan
Sat Jul 13 2019

Seramai 51 mangsa maut manakala 49 yang lain cedera dalam serangan berdarah di dua masjid ketika solat Jumaat di Christchurch. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 1,000 senjata api diserah dalam kempen pasca serangan Christchurch
Inisiatif julung kali diadakan ini menyaksikan lebih NZ$433,600 (RM1.19 juta) telah dibayar kepada pemilik senjata api sebagai ganti rugi selepas mereka tampil menyerahkan lebih 200 senjata api.