SINGAPURA: Lawatan rasmi Presiden Singapura Halimah Yacob selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (20 Mac) ini, bakal menyuntik lagi momentum positif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.
Kunjungan atas undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu juga bakal mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua negara di peringkat tertinggi.
Halimah berkata lawatan beliau itu rentetan kemajuan yang dicapai semasa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari yang menyaksikan kedua-dua pihak memeterai tiga perjanjian membabitkan kedua-dua kerajaan bagi menggalakkan kerjasama dalam ekonomi hijau dan digital serta keselamatan siber.
Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan Bernama menerusi e-mel dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, menjelang lawatan itu.
Mengulas bagaimana lawatan itu dapat memperkukuh lagi hubungan dua hala, Presiden berkata selain mengadap Al-Sultan Abdullah, beliau juga akan bertemu dengan pemimpin Malaysia, yang akan menumpukan kepada agenda penting kedua-dua negara, meneroka bidang kerjasama baharu dan mengulangi semula hasrat Singapura bagi membangunkan perkongsian sama menang dengan Malaysia untuk jangka panjang.
Selain itu, beliau turut menggariskan bahawa ekonomi digital dan lestari serta keselamatan siber seperti yang dipersetujui sebelum ini oleh kedua-dua pihak, sebagai bidang yang boleh dibangunkan dan diterokai dengan lebih meluas.
"Ini adalah bidang baharu untuk kedua-dua negara kita dan akan membuka peluang pertumbuhan baharu bagi perniagaan di Singapura dan Malaysia, terutamanya apabila pendigitalan mempercepat urusan kehidupan kita dan negara-negara di seluruh dunia meneruskan pembangunan mampan untuk masa depan generasi kita," katanya.
Selain itu, kedua-dua negara telah pun menjalin hubungan perniagaan yang kukuh dalam pelbagai bidang merangkumi infrastruktur, telekomunikasi, keselamatan makanan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan e-dagang.
"Syarikat kami berminat untuk memperluas pelaburan dalam bidang ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan bertemu ahli perniagaan Singapura dan Malaysia bagi membincangkan mengenai perkara yang boleh dilaksanakan bersama-sama untuk menyokong dan memudahkan projek serta rancangan pembangunan di kedua-dua negara.
Halimah turut berkeyakinan bahawa Projek Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka siap menjelang akhir 2026, bakal berperanan sebagai pengubah keadaan yang bukan sahaja mempermudah urusan orang ramai dan transaksi barangan, malah membantu mengurangkan kesesakan di Tambak, selain mengeratkan lagi hubungan yang produktif antara kedua-dua negara.
Mengenai pendekatan Malaysia dan Singapura menyelesaikan pelbagai isu yang muncul dari semasa ke semasa, Halimah berbangga kerana sejak sekian lama pemimpin Singapura dan Malaysia bijak dalam meneroka kaedah untuk "memperkukuh persefahaman dan mengurangkan perbezaan."
Ini "termasuk mengasingkan isu yang lebih sesuai diselesaikan melalui mekanisme penyelesaian pihak ketiga."
"Ini adalah cara matang untuk menangani hubungan dua hala kami, untuk sentiasa membina dan memperbaharu kepercayaan, menghormati perjanjian dan persefahaman terdahulu dan sentiasa mencari perkara baharu yang saling menguntungkan yang boleh dilaksanakan bersama," katanya.
Halimah turut menyentuh mengenai elemen penting dalam menjalin persefahaman yang lebih kukuh, keperluan untuk membina tahap kepercayaan dan keakraban antara rakyat di semua peringkat serta menggalakkan pertukaran, sama ada untuk bekerja atau bersantai.
"Saya amat berbesar hati kerana sejak sempadan kedua-dua negara dibuka semula sepenuhnya pada April 2022, terdapat lebih satu juta rakyat Singapura berkunjung ke Malaysia setiap bulan melalui pusat pemeriksaan darat kami," katanya.
Justeru itu, beliau berkata lebih banyak peluang mesti diwujudkan bagi membolehkan golongan belia mengenali antara satu sama lain dan mencipta pengalaman bersama.
"Terdapat banyak inisiatif dan platform yang membantu mewujudkan peluang untuk anak muda Singapura dan Malaysia - termasuk pelajar, artis dan atlet kami - untuk berinteraksi," katanya.
Sementara itu, menurut ranking yang disusun oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam yang berpangkalan di Jordan, Halimah berada di kedudukan ke-33 dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia untuk 2023.
Ketika ditanya mengenai pencapaian ini, beliau menyifatkan bahawa ranking itu turut memberikan gambaran mengenai sokongannya terhadap inisiatif dalam membantu membina masyarakat yang bersatu padu dan mengukuhkan hubungan antara agama.
Mengulas mengenai pandangan beliau tentang Islamofobia dan bentuk diskriminasi termasuk terhadap wanita, Halimah berpendapat ia berpunca daripada kekurangan pengetahuan, pemahaman dan interaksi, yang membawa kepada salah faham tentang masyarakat lain.
"Untuk mengatasi hal ini, tiada jalan lain melainkan bersikap terbuka dan ikhlas dalam setiap masyarakat. Ini menuntut komitmen, kesabaran dan memerlukan masa," katanya.
Bagi Muslim di Singapura, Halimah berkata mereka dapat menjalani kehidupan sebagai Muslim yang baik.
Halimah yang juga menyokong kesaksamaan jantina berkata beliau gembira melihat lebih banyak perbincangan dan usaha untuk memperkasakan wanita, banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pembangunan dan mengiktiraf sumbangan wanita.
Presiden itu berkata Singapura telah menyediakan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang mengandungi 25 pelan tindakan yang menjanjikan peluang sama rata di tempat kerja.
Halimah berkata usaha membabitkan seluruh masyarakat diperlukan bagi melahirkan anjakan paradigma yang lebih meluas, menghapuskan stereotaip jantina dan pemikiran tradisional terhadap peranan yang dimainkan oleh lelaki dan wanita.
"Saya berharap dapat bertemu dengan sekumpulan pemimpin wanita dari seluruh spektrum politik di Malaysia semasa lawatan saya, mendengar perspektif mereka tentang bagaimana kita semua boleh memainkan peranan untuk memartabatkan lagi peranan gadis dan wanita dalam masyarakat," katanya.
Mengenai perjalanan kehidupan beliau yang menyuntik inspirasi, seorang gadis yang berasal daripada keluarga miskin sehinga berjaya menjadi peguam, ahli politik dan presiden Singapura, Halimah berkata: "Ayah saya meninggal dunia ketika saya berusia lapan tahun. Ibu saya bekerja dari pagi hingga malam di gerai nasi padang untuk membesarkan kami dan saya juga pernah membantunya selepas waktu sekolah. Ibu mengajar saya erti ketabahan, kerja keras dan empati."
"Nasihat saya buat Muslim semua termasuk gadis dan wanita, ialah anda harus mencari dan memberikan sumbangan yang lebih besar dan bekerja keras bagi mengasah kemahiran yang diperlukan untuk mencapai apa yang anda impikan.
"Tiada jalan pintas untuk berjaya. Walaupun pemulaan dan cabaran kita semua mungkin berbeza...kehidupan adalah satu perlumbaan.
"Kita semua mesti mencuba yang terbaik, setiap hari, menggunakan apa sahaja sumber yang kita ada," kata Halimah berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Nasional Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
![Lawatan Presiden Singapura ke Malaysia mulai Isnin suntik momentum positif hubungan dua hala Lawatan Presiden Singapura ke Malaysia mulai Isnin suntik momentum positif hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679145143_AnwarPresidenSing.jpg)
Lawatan Halimah rentetan kemajuan semasa kunjungan Anwar pada Januari yang menyaksikan tiga perjanjian dimeterai bagi menggalakkan kerjasama dalam ekonomi hijau dan digital serta keselamatan siber. - Foto BERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78 PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028875_AnwarIbrahimSulta.jpg)
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
![Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
![Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720853030_tbAnwarIbrahim.jpg)
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.