JAKARTA: Ketika gangguan teknologi dan pandemik COVID-19 masih berterusan di seluruh dunia, perang di Ukraine menambah satu lagi ketidaktentuan kepada ekonomi global, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.
Keadaan itu menyumbang kepada kekurangan makanan dan tenaga, inflasi dan peningkatan kos pengeluaran.
"Kenaikan kadar pengangkutan kemungkinan akan menaikkan lagi harga makanan dan barangan pengguna," kata presiden itu pada Mesyuarat Kepimpinan Tentera Nasional Indonesia dan Polis Nasional Indonesia di sini, pada Selasa.
Joko Widodo menegaskan bahawa inflasi mendorong kenaikan harga barangan harian di semua negara, manakala perang di Ukraine meningkatkan harga bahan tenaga termasuk minyak.
"Sebelum perang, harga minyak naik kerana kekurangan bekalan. Kini, harga naik semula melebihi AS$100, yang sebelum ini hanya antara AS$50 dan US$60," katanya.
Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.
Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
Pada 17 Feb, Jokowi menggesa negara anggota G20 untuk menamatkan ketegangan, seperti yang berlaku di Ukraine, yang hanya akan mengganggu pemulihan ekonomi global daripada pandemik COVID-19.
Beliau sebaliknya menyeru negara G20 untuk menumpukan pada usaha bersama dan kerjasama supaya ekonomi bangkit dan segera pulih.
Indonesia memegang kerusi presiden G20 untuk tempoh 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Joko Widodo menegaskan bahawa inflasi mendorong kenaikan harga barangan harian di semua negara, manakala perang di Ukraine meningkatkan harga bahan tenaga. - Foto REUTERS/Willy Kurniawan
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Jokowi secara sinis berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.

Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.

Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.

Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).

Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.