ANKARA: Korea Utara mendakwa berjaya menempatkan satelit pengintip pertamanya ke orbit pada Selasa selepas beberapa percubaan gagal, kata agensi angkasa lepasnya.
Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Nasional Korea Utara berkata satelit Malligyong-1 dilancarkan dari kemudahan pelancaran satelit Sohae pada 10.42 malam (13:42 GMT) dan memasuki orbit pada pukul 10.54 malam (1:354 GMT), lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita KCNA.
Kim Jong-un secara peribadi menyelia pelancaran satelit pengintip itu pada Selasa.
Pelancaran itu dibuat selepas lawatan rasmi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un ke Rusia pada September yang menyaksikan hubungan antara kedua-dua negara diperingkatkan, termasuk dalam sektor pertahanan.
Sebanyak dua pelancaran satelit Korea Utara pada Mei dan Ogos lepas menemui kegagalan.
Tentera Korea Selatan pada Selasa mengesan roket yang membawa satelit itu ke angkasa dan Pengawal Pantai Jepun memberi amaran kepada kapal-kapal di rantau itu mengenai bahagian roket yang berpotensi jatuh.
Pelancaran satelit Pyongyang itu kemudian mencetuskan kecaman dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkan langkah berkenaan mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Satelit Malligyong-1 dilancarkan dari kemudahan pelancaran satelit Sohae. - Gambar/ Reuters
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar.
Pelakon Korea Selatan dipenjara setahun atas kesalahan dadah
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Olimpik Paris 2024: Swafoto pemain ping pong Korea Selatan-Korea Utara undang sensasi
Tindakan pemain ping pong Olimpik dari Korea Utara dan Korea Selatan berswafoto bersama di podium di Paris menjadi tular di Korea Selatan.
Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media
Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.