PYONGYANG: Korea Utara telah membuka semula sempadannya kepada rakyatnya yang tinggal di luar negara, satu langkah penting untuk melonggarkan kawalan sempadan anti-wabaknya, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Ahad.

Ibu Pejabat Pencegahan Wabak Kecemasan Negara mengeluarkan pengumuman pada Sabtu, mengatakan warga Korea Utara di luar negara "telah dibenarkan pulang", memandangkan situasi pandemik di seluruh dunia yang semakin reda.

Mereka yang pulang akan diletakkan di bawah pengawasan perubatan yang sepatutnya di wad kuarantin selama seminggu.

Korea Utara adalah antara negara pertama yang mengenakan kawalan sempadan yang ketat sejak penularan wabak COVID-19 pada awal 2020.

--BERNAMA-XINHUA