SEOUL: Korea Selatan mengesahkan kes tempatan pertama cacar monyet pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada enam.

Warga Korea Selatan itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh tiga bulan lalu, dan disahkan positif pada hari sebelumnya, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Pesakit itu dilaporkan mengalami gejala sekitar akhir Mac dan telah berhubung dengan beberapa individu selama beberapa hari.

Pesakit itu kini dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan sihat, menurut KDCA.

Virus itu boleh menyebabkan demam, menggigil, ruam dan lesi.

Kes pertama cacar monyet dikesan di negara itu pada 22 Jun tahun lalu, dan kes kelima dilaporkan pada 13 Mac.

-- BERNAMA