DAEGU (Korea Selatan): Seorang penumpang yang membuka pintu pesawat Asiana Airlines sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang awal minggu ini memberitahu polis dia berbuat demikian kerana berasa lemas dan mahu segera turun daripada pesawat itu, menurut pegawai polis pada Sabtu, lapor Yonhap.
Polis menahan lelaki berusia 30-an itu pada Jumaat kerana disyaki menarik tuil pintu pesawat kira-kira 213 meter di daratan sejurus sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu.
Dalam soal siasat, lelaki itu berkata dia tertekan selepas hilang pekerjaan baru-baru ini, menurut polis.
Polis bercadang mendapatkan waran tangkap untuk lelaki itu kerana didakwa melanggar undang-undang keselamatan penerbangan selepas soal siasat lanjutan.
Tiada seorang pun daripada 194 orang di dalam pesawat itu terjatuh atau cedera dalam kejadian Jumaat, namun sebahagian daripada 12 penumpang yang menunjukkan gejala kesukaran bernafas dibawa ke hospital.
Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Daegu dari pulau percutian di selatan Jeju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Daegu dari pulau percutian di selatan Jeju. - Gambar fail/REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.

Korea Selatan: Lelaki buka pintu pesawat kerana mahu cepat turun - Polis
Dalam soal siasat, lelaki itu berkata dia tertekan selepas hilang pekerjaan baru-baru ini, menurut polis.

Penumpang ditahan cuba tikam pramugari, buka pintu pesawat
Torres juga didakwa memukul leher seorang pramugari dengan sudu besi sebanyak tiga kali hingga patah.

Penumpang cetus panik, cuba buka pintu pesawat ketika berada di udara
Menurut saksi, penumpang tersebut membuat dua cubaan untuk membuka pintu pesawat.