HANOI: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Khamis bahawa Korea Selatan membuat kesilapan besar jika meneruskan rancangan untuk membekalkan senjata ke Ukraine.

Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.

Putin yang bercakap pada sidang akhbar di Vietnam memberi reaksi terhadap laporan berita Yonhap yang mengatakan Korea Selatan akan mengkaji kemungkinan membekalkan senjata ke Ukraine selepas Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menandatangani pakatan bersama.

Putin berkata Seoul tidak perlu risau apabila ia melibatkan pakatan antara Moscow dan Korea Utara.

Kata Putin, bantuan ketenteraan Rusia akan hadir di bawah perjanjian yang ditandatangani sekiranya berlaku pencerobohan dilakukan terhadap salah satu penandatangan.

Setakat ini, Putin berkata dia tahu bahawa Korea Selatan tidak merancang melakukan pencerobohan terhadap Korea Utara.

Putin juga memberi amaran kepada Seoul agar tidak membekalkan senjata ke Kiev.